Showing posts with label Download. Show all posts
Showing posts with label Download. Show all posts

Tuesday, 2 June 2015

Steam Summer Sales Bermula 11 Jun


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Baru-baru ini tarikh Steam Sales untuk tahun 2015 dikatakan bocor di laman sebuah web sosial Rusia,VKontakte, yang mengatakan Steam Sales pada tahun ini akan berlangsung bermula 11 Jun hingga 20 Jun.

Bagi sesiapa yang tidak mengetahui tentang Steam Sales, Steam Sales adalah waktu dimana laman web dan servis permainan video keluaran Valve, iaitu Steam akan mengadakan jualan permainan video dengan diskaun sehingga 70-80%. Steam Sales sangat dinanti-nantikan oleh Gamers.

Steam Sales pada tahun ini dikatakan akan berlangsung dari 11 Jun hingga 20 Jun dan kemudiannya akan diikuti dengan jualan encore selama 2 hari, yang mana turut menampilkan jualan permainan video dengan diskaun hebat.

Untuk melihat tawaran sales dari steam, korang boleh melayari laman web SteamDB untuk melihat dan mencari permainan video yang mempunyai diskaun.




Jadi Gamers, sediakan duit secukupnya, selamat ber-shopping!







Read More

Monday, 1 June 2015

Windows 10 Akan Dilancarkan 29 Julai, Dapatkan Salinan Percuma Anda


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Sebelum ini Microsoft ada mengumumkan yang mereka akan melancarkan Sistem Operasi/Operating System (OS) mereka yang terbaru selepas Windows 8.1. Khabar angin mengatakan yang Windows terbaru ini akan diberi nama Windows 9 dan terdapat juga ciri-ciri Windows 9 yang bocor. Tapi yang sebenarnya ialah Windows 10. Ya 10 bukan 9. Tak tahu kenapa Windows skip no 9 LOL.

Microsoft mengumumkan bahawa Windows 10 akan dilancarkan pada 29 Julai 2015.

Anatara ciri menarik yang dinanti-nantikan oleh pengguna Windows terutamanya Gamers ialah versi terbaru DirectX iaitu DirectX 12.

Selain itu versi sistem operasi terbaru dari Microsoft ini juga turut mengemaskini antara muka antaranya seperti Start Menu asal yang mana tidak terdapat di dalam Windows 8.

Apa yang menariknya Microsoft juga mengeluarkan kenyataan bahawa semua pengguna Windows 7 dan Windows 8.1 akan mendapat update ke Windows 10 secara PERCUMA! Walaupun korang pakai Windows ehem.. pirate... korang tetap akan dapat update Windows 10. Tapi masih belum diketahui apa kesan jika pengguna Windows lanun upgrade ke Windows 10. Ada yang kata bila update, akan keluar notification "Windows not Genuine" dan ada yang kata sebaliknya. Buat masa sekarang belum ada lagi jawapan yang pasti, jadi kena tunggu bila Windows 10 dah dilancarkan baru kita tahu.


Microsoft juga mengumumkan yang Windows 10 akan diberikan PERCUMA kepada pengguna Windows sedia ada untuk tempoh setahun pertama. Apa yang dimaksudkan Microsoft ni, bila Windows 10 di-release, pada tahun pertama pengguna Windows dapat upgrade ke Windows 10 secara percuma dalam tahun tersebut. Selepas dah tamat setahun tu, pengguna Windows yang belum upgrade perlu membeli Windows 10.

Ohh mungkin ada yang keliru dengan kenyataan "percuma untuk setahun". Jangan risau, bagi pengguna yang telah upgrade ke Windows 10 dalam tempoh masa setahun tu, selepas setahun pun Windows 10 korang masih PERCUMA.

Bermula minggu ini rata-rata pengguna Windows 7 dan Windows 8.1 sama ada pengguna Original atau Lanun dah mula mendapat notification "Windows Update" yang mengatakan "Reserve Your Free Windows 10". 


Apa yang dimaksudkan ini adalah pengguna Windows dah boleh mula untuk mengambil bahagian untuk mendapatkan salinan percuma Windows 10.Kiranya macam korang ambil angka giliran la haha. 
Apabila Windows 10 dilancarkan nanti, Windows akan memuat turun update Windows 10 secara automatik. Pastikan korang enable "Automatic Update". 
Apabila Windows selesai memuat turun update, korang akan diberi pilihan sama ada untuk terus update ataupun untuk tunggu dahulu dan update pada waktu lain.

Selepas dah berjaya update, Windows 10 tu akan menjadi milik korang selamanya secara percuma.



Read More

Thursday, 20 November 2014

Tutorial Download Movie HD Dengan Smartphone Android

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Selalu kita download movie guna pc. torrent, youtube dll. Tapi hari ini aku nak ajar korang cara nak download movie HD dengan hanya guna phone android korang saja. 

Apa yang diperlukan :
1. Smartphone Android 4.0 keatas.
2. App ShowBox.
Download : Showbox.apk

Baiklah selepas dah download, install apps showbox.apk tu.
Lepas tu korang cuma perlu buka apps tu. Tunggu Showbox untuk loading list movie yang terbaru.

Cara nak download movie HD dengan Showbox :

1. Lepas korang buka apps showbox tu, korang akan nampak senarai movie yang terbaru. pilih movie mana yang korang nak dan tekan dekat poster movie tu.




2. Lepas tu akan keluar paparan baru. Sekarang korang boleh pilih sama ada nak download ada pun nak watch now iaitu streaming online. Kalau korang nak download, selalunya akan keluar 3 pilihan quality iaitu LOW, MEDIUM dan HIGH. Setiap quality saiz file berbeza. Pilih quality yang korang nak dan lepas tu tekan Download.



3. Lepas dah tekan Download, korang tekan My Library di atas apps tu. Dan tekan Downloads. Kat situ korang boleh tengok progress movie yang tengah download tu.



Ok tu saja. tunggu sampai movie dah habis download dan enjoy!
Kalau korang nak copy movie tu masuk pc, movie tu ada dalam folder Showbox di dalam memory phone korang.

tips : kalau kadang2 showbox ni dia tak update movie baru, korang masuk setting phone, tekan application setting, cari apps Showbox, dan tekan Clear Data. lepas tu masuk balik apps Showbox dan dia akan loading movie baru. ENJOY!

Showbox ni nak guna dekat PC pun boleh guna BlueStacks.
Nantikan tutorial yang menarik lagi!



Read More

Tuesday, 2 September 2014

Guna 2 Nombor WhatsApp dalam 1 Handphone


Assalamualaikum dan salam sejahtera. 
Aplikasi chatting WhatsApp, pada hari ini menjadi salah satu aplikasi yang wajib ada buat pengguna smartphone. Siapa yang tak tahu apa itu WhatsApp kan? 

Dengan WhatsApp, kita dapat berchatting secara PERCUMA. selain itu ia juga ringan dan pantas. Kita boleh share gambar, video, lagu dan macam2 lagi.
Tapi, kelemahan WhatsApp ni satu ja, iaitu tak boleh guna lebih dari satu akaun WhatsApp atau nombor telefon.

Bagi yang ada 2 nombor telefon tu susah la.
Tapi jangan risau, hari ini aku nak ajar korang cara nak guna 2 nombor whatsapp dalam satu telefon.

Caranya ialah dengan guna OGWhatsApp.
OGWhatsApp adalah versi modded aplikasi WhatsApp untuk Android yang membolehkan korang menggunakan 2 nombor WhatsApp dalam satu peranti Tanpa “Root” dan ianya bekerja dalam satu masa yang sama. 

Ciri-ciri OGWhatsApp :

  1. Boleh guna 2 nombor whatsapp dalam satu telefon
  2. Boleh backup dan restore data
  3. Boleh pilih apps icon
  4. Boleh mute conversation dengan jangka yang lebih panjang, 1 abad!

Cara nak install OGWhatsApp :

  1. WhatsApp yang original korang jangan uninstall, sebab whatsapp ori ni diperlukan. 
  2. Mula-mula backup dulu data whatsapp korang. Kalau korang rasa perlu la. (Setting > Chat Setting >Backup conversations)
  3. Clear whatsapp data. Lagi bagus korang reinstall je terus. Bagi suci murni.
  4. Kemudian, rename folder /sdcard/WhatsApp folder kepada /sdcard/OGWhatsApp
  5. Dah tu, install la OGWhatsApp. Link download ada kat atas.
  6. Dalam OGWhatsApp, Install nombor lama dan Dalam original WhatsApp install nombor baru. Kenapa? Sebab OGWhatsApp boleh restore balik data lama.
  7. Siap!!
sumber : BistariCorner


Read More

Monday, 5 May 2014

Tutorial Download Video Keek dan Instagram


Assalamualaikum... hari ni aku nak ajar korang cara nak download video dari keek dan instagram. Mungkin sebelum ni korang nk download video retis yg korang minat , crush, atau pun video syok seniri korang tapi tak tahu macam mana. Jadi jom ikut tuto ni! 
Sumber tutorial ni dari blog Mohd Apiz iaitu MxDotMy

note: tutorial ni korang kena guna browser laptop/pc , kalau pakai handphone mahal korang tu susah sikit la hehe.

Cara download video Keek :

1. Mula-mula korang buka video Keek yang korang nak download tu, lepas tu copy link video tu. cara nya tekan butang kecik macam dalam gambar :




Lepas click tu, akan keluar link, korang copy link tu.

2. Okeh link video dah dapat, sekarang masa untuk download pulak. 
Caranya korang buka website KeekDown .

lepas tu paste link video tadi dalam kotak kosong tu dan click Keekdown!



Siap! video korang akan di-download.


Cara download video Instagram :

1. Mula-mula korang buka video instagram tu, lepas tu copy link di address bar. rujuk gambar :


2. lepas tu buka website InstaDown .

lepas tu paste link video tadi dalam kotak dan click InstaDown!


Siap!!!


Enjoy download video!

Read More

Monday, 28 April 2014

Tutorial Hack dan Cheat Game Android

GameCIH

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hari ini aku nak ajar korang cara nak hack game android! Hack apa? korang boleh hack Score, Money, Level dan macam2 lagi!

Jadi untuk buat hack ni, kita akan gunakan aplikasi yang bernama GameCIH. Nama penuh GameCIH ni ialah Game Cheating Hacker. GameCIH ni lebih kurang macam Cheat Engine la juga. Tapi untuk Android. Jadi bagi korang yang pernah guna Cheat Engine tu senang la untuk korang guna GameCIH ni.

Apa yang korang perlu :

  1. ROOT - Phone korang perlu di-ROOT terlebih dahulu. untuk tutorial root hanphone korang tengok di forum xda-developers.
  2. GameCIH - Download
  3. Kesabaran
Note : GameCIH cuma boleh hack game OFFLINE saja. game online macam Clash of Clans tak boleh .

Cara guna GameCIH :

Baiklah lepas korang dah download dan install GameCIH, sekarang masa untuk hack game!

1. Buka aplikasi GameCIH di handphone korang. rujuk gambar :


Popup ni hanya akan keluar kalau korang connect dengan internet.



Sekarang korang perlu tukan di butang Hot-Key tu dan set lah Hot-Key korang. Fungsi Hot-Key ni adalah untuk korang buka menu GameCIH semasa dalam game. Jadi benda ni PENTING!!!

2. Sekarang GameCIH dan running. Korang tekan butang HOME handphone korang. Kemudian buka la game yang korang nak hack. ingat! game offline sahaja.

3. Dalam tutorial ni kita akan hack DUIT game Robo Defense. Mula2 korang main dulu game tu untuk kumpul duit. lepas dah ada duit, korang tekan Hot-Key yang korang set tadi untuk buka menu GameCIH. 
Kemudian tanda Suspend Game dan tekan Input Number. 
Rujuk Gambar :



4. Kemudian tengok duit yang korang ada tu, masukkan jumlah duit tu dalam kotak tu. 



Lepas tu tekan OK.

5. Lepas tu akan keluar result number yang ada. korang tekan butang back dan sambung main game tu. korang boleh belanjakan duit atau tambah duit. dalam game ni kita belanja duit.

Lepas tu, tekan lagi Hot-Key dan buka menu GameCIH. sekarang korang tekan simbol " ! " . Rujuk gambar :




Fungsi setiap simbol :

  • = : untuk mencari nilai yang tidak berubah
  • !  : untuk mencari nilai yang berubah samada bertambah atau berkurang
  • + : untuk mencari nilai yang bertambah
  • -  : untuk mencari nilai yang berkurang

6. Sekarang lepas korang dah tekan simbol tu, akan keluar result baru. cari yang nilai dia sama macam baki duit korang. dalam game ni nilai tu ialah "money" .


Tekan "money" dan masukkan angka yang korang nak! dalam tuto ni angka yang dimasukkan ialah 9999.

7. Lepas tu tekan back untuk tutup menu GameCIH, dan sambung main game. BOOM! duit korang dah jadi macam yang korang edit tu! sekarang korang enjoy!



Macam-macam lagi korang boleh hack selain duit. korang boleh hack EXP, nyawa, score, reward point dan macam2 lagi yang ada value. 
Tapi ingat! Game online tak boleh hack sebab game online ni server side. data2 game semua ada dalam server, bukan dalan handphone.

Selain dari edit data, GameCIH juga ada fungsi Speed Hack. Korang boleh lajukan game korang tu. sangat berguna untuk game yang nak kena tunggu masa hehe

Ok itu saja untuk tutorial kali ini. Harap korang enjoy dan faham hehe.

Happy Hacking and Gaming!



Read More

Friday, 4 April 2014

Sekat Laman Porno dengan GEMPUR

Zaman sekarang internet dah makin tak sesuai untuk kanak-kanak. Hal ini disebabkan makin banyak laman web yang tidak sesuai ditengok oleh kanak-kanak. 

Laman web yang dimaksudkan tu ialah website PORNO atau laman web lucah. bukan website porno negara barat ja yang ada, yang tempatan pun ada. ish ish ish...
Jadi bagi ibu bapa diluar sana mesti takut nak bagi anak-anak main internet kan? Jangan risau, ibu bapa boleh BLOCK atau SEKAT laman web porno ini dengan GEMPUR.

Apa itu GEMPUR?

"GEMPUR
PROJEK ANTI-PORNO PERTAMA DI MALAYSIA"


Gempur adalah aplikasi atau perisian percuma yang dibangunkan oleh anak tempatan MALAYSIA iaitu Haidy Sulaiman .

Aplikasi ini dibangunkan bertujuan untuk menyekat laman-laman sesawang berunsur PORNO. 
Anda hanya perlu download percuma di laman web Gempur.org dan kemudian memasang di komputer. 

Sangat senang untuk digunakan. Jadi lepas ini ibu bapa dah tak perlu risau lagi untuk bagi anak-anak main internet. Tapi pengawasan ibu bapa tu masih diperlukan.

Baiklah itu saja. jom intall GEMPUR!


Read More

Thursday, 27 February 2014

5 Alternatif Kepada Android Google Play Store



Bagi pengguna telefon pintar Android, korang boleh download aplikasi atau game dengan Google Play Store yang dah tersedia ada. 

Tapi, kadang-kadang tak semua apps dan games ada di Play Store. Sesetengah apps jugak tidak boleh di download dengan sesetengah phone sebab apps tu tak compatible dengan phone korang. 
Dan lagi satu yang tak best nya apps dan games best2 kat Play Store kebanyakannya berbayar.

Jadi hari ini aku nak share dengan korang 5 alternatif kepada google play store.

Sumber rujukan : OMG! Hackers?

1. Mobilism Market



Dari sudut tampilan, rasanya ia agak baik, ringkas, dan mudah difahami. Cuma beza antara Mobilism Market dengan Black Market yang lain ialah ia tidak menawarkan fungsi muat turun secara terus. Anda akan diberi pautan luar seperti DepositFiles, Uploaded.net, Filejungle dan sebagainya.

2. Aptoide




Ini adalah Market kegemaran saya, selepas Snappzmarket dibubarkan. Ia menggunakan konsep repositori, dan setiap aplikasi yang ingin anda muat turun akan tersenarai sekiranya terdapat di dalam repositori yang anda gunakan. Selain itu, ia menawarkan kemudahan muat turun secara terus dari aplikasi Aptoide tersebut. Anda juga boleh mencipta 'stor' anda sendiri dan berkongsi mana-mana aplikasi yang terdapat pada telefon bimbit anda.

Anda boleh mengoptimumkan penggunaan Aptoide dengan memasang aplikasi Aptoide Uploader, Aptoide Repos, dan Bazaar News & Aptoide. Aptoide Uploader berfungsi sebagai pemuat naik aplikasi yang berada pada peranti anda, jika anda mahu kongsikannya pada stor anda sendiri. Aptoide Repos pula bertindak sebagai pengemaskini repositori, dan Bazaar News pula adalah sumber aplikasi yang terdapat pada Aptoide.



Selain antaramuka yang ringkas, kemudahan muat turun secara terus, ia juga membolehkan anda periksa sekiranya terdapat kemaskini untuk aplikasi yang anda gunakan. Namun, harus diingat ia masih lagi versi beta, jadi ia amat mudah crash, kelajuan muat turun juga adalah perlahan.




1Mobile Market adalah alternatif yang sangat menarik. Ia menawarkan antaramuka yang mesra pengguna. Apa yang menariknya, ia juga mempunyai kemudahan download secara terus dari laman rasmi 1Mobile Market. ia juga mempunyai kemudahan auto update yang membolehkan applikasi dalam telefon pengguna update secara automatik.



PandaApp mempunyai pelbagai aplikasi dan games menarik yang tak terdapat dalam Google Play Store.PandaApp juga mempunyai aplikasi dan games yang percuma. Selain itu antaramuka PandaApp juga senang digunakan.PandaApp juga mengelaskan aplikasi dan games mengikut banyak kategori.


Read More

Thursday, 20 February 2014

Blender - Perisian Animasi 3D Percuma dan Sumber Terbuka

 

Assalmualaikum. hari ini aku nak share tentang Blender 3D. Software Blender ini sangat terkenal di dalam dunia Animasi 3D.
Blender digunakan untuk menghasilkan karya model 3D dan Animasi 3D.

Apa yang menariknya, Blender merupakan Sumber Terbuka atau Open Source yang boleh diguna pakai oleh sesiapa sahaja dan boleh di ubahsuai mengikut keperluan diri sendiri.Dan yang paling penting sekali, Blender adalah PERCUMA.




Software Teringan -
Jika dibuat perbandingan dengan perisian yang lain seperti 3D MaxMaya dan Cinema 4D, software ini merupakan yang paling ringan. Perkara ini amat penting bagi mengelakkan crash ketika melakukan kerja animasi. Apabila tiba masa untuk selalunya, memerlukan computer yang memiliki ketinggian memori seperti processor seperti i3,i5,i7 dan kad grafik yang tinggi untuk menghasilkan animasi yang baik. Namun apabila PC atau Laptop lambat, agak sukar untuk melakukan rendering. Yang penting sekali adalah untuk mengelak crash ketika rendering iaitu proses export animasi.



Perisian Yang Ringkas -
Proses menghasilkan animasi bukanlah sesuatu yang mudah untuk dilakukan, kita akan berhadapan dengan dengan pelbagai butang fungsi yang agak rumit diperingkat permulaan. Namun, jika dibandingkan menu dan fungsi 3D dan 2D, 3D mempunyai butang yang banyak. Blender 3D antara software yang ringkas jika dibandingkan dengan 3D STUDIO Max dan Maya 3D.

Blender mula dibangunkan pada tahun 1993 oleh sebuah studio animasi iaitu Neo Geo dengan kerjasama Not a Number Technologies (NaN), mereka telah bersetuju untuk melepaskan Blender dibawah lesen GNU setelah NaN mengalami masalah kewangan.

Setelah itu Blender dibangunkan dengan mendapat sokongan sumbangan dari komuniti, termasuk dari segi kewangan dan juga pengaturcaraan program. Untuk memudahkan pengurusannya, Blender Foundation ditubuhkan dan dipertanggungjawabkan untuk membangunan perisian Blender secara lebih meluas.



Blender Foundation kini telah menghasil banyak filem pendek dengan kualiti yang baik. Perkara ini sekaligus membuktikan kelebihan yang dibawakan oleh perisian sumber-terbuka ini. Hasil kerja produksi yang dibuat dipaparkan secara percuma kepada umum dan setelah itu perjalanan setiap projek mereka diprodukkan untuk jualan yang merangkumi latihan dan juga proses penghasilan filem pendek menggunakan perisian Blender.



Antara filem pendek yang telah dihasilkan menggunakan perisian Blender ialah Elephants Dream (2006)Big Buck Money(2008), Sintel (2010), Tears of Steal (2012) dan banyak lagi.

Selain itu,  Blender juga mendapat perhatian pembangun industri Animasi 3D tempatan seperti Animagis Sdn Bhd dan juga Triple Q Sdn Bhd . Mereka juga telah menghasilan beberapa Animasi 3D menggunakan Blender.

Antaranya ialah Siri Animasi Zibiru (2012), Animasi Si Bongkok Tanjung Puteri , dan Animasi Perak Boy .

Perisian Blender 3D telah memberi peluang untuk melahirkan pembangun animasi 3D yang baru tanpa perlu mengeluarkan modal dan belanja yang besar. Untuk yang baru menceburi bidang 3D dengan Blender, terdapat beberapa laman web dan forum yang boleh dijadikan sumber rujukan. Antaranya ialah Blender Cookie dan Blender Artist Community .

Bagi yang ingin mencuba Blender 3D, boleh download di laman web rasmi Blender. Blender menyokong sistem operasi Windows, Mac OS dan Linux :

Read More

Saturday, 15 February 2014

Potong Wifi dengan mdk3 Tuxcut di Linux


Assalamualaikum dan salam sejahtera. 
Pernah tak korang tengah guna wifi yang korang bayar mahal2 tu, tiba2 jadi slow, not internet access, atau jadi pelik2? Itu sebenarnnya petanda ada "makhluk" lain yang sedang guna wifi korang secara curi-curi. Jadi harini aku nak ajar korang macam mana nak selesaikan masalah ini.

Sebelum ini aku ada buat tutorial Hentikan Pencuri Wifi Dengan NetCut untuk pengguna Windows. 
Jadi kali ini aku nak ajar untuk pengguna Linux khususnya Linux Backtrack 5 atau Kali Linux.

Dalam tutorial ni, linux yang digunakan ialah Backtrack 5, ini disebabkan dalam distro Backtrack 5 ini sudah disediakan tool mdk3 Tuxcut ini.

Jika anda pengguna distro Linux yang lain seperti Ubuntu, anda boleh download Tuxcut di sini :
Download Tuxcut


Baiklah tutorial video ini disediakan oleh Newbie3viLc063s .

Enjoy...






Read More

Thursday, 13 February 2014

Hentikan Pencuri Wifi Dengan NetCut

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Entry hari ini aku nak ajar cara menggunakan NetCut.

Apa fungsi NetCut ni? NetCut ni bertujuan untuk "potong" atau cut off koneksi sesebuah komputer dengan WiFi. NetCut ni sangat berguna untuk hentikan pencuri wifi.

Syaratnya ialah mangsa korang tu guna wifi sama yg korang guna.

Maksud "pencuri wifi" ni adalah orang yang hack wifi korang dan selalu menggunakan wifi korang dengan free, dan akibatnya speed internet korang jadi slow!

Ok malas tulis panjang2 jom enjoy tutorial ni..

Cara menggunakan NetCut

1. Mula-mula korang download netcut :
NetCut 2.1.4


2. Lepas download, korang install. 
Lepas tu buka software netcut. akan keluar loading macam ni :



Tunggu sampai keluar macam ni :


3. Sekarang korang perlu tengok IP computer korang. 

Caranya, buka CMD (tekan Start, type CMD, Enter.)
Kemudian type : ipconfig
Enter!



Tengok dibahagian IPv4 Address. Di situ ada IP komputer korang. jadi korang kena ingat IP ni!


4. Selepas itu pastikan korang tanda kotak "Protect My Computer".
Benda ni berfungsi untuk melindungi komputer korang dari kena cut off dengan orang lain.




5. Baiklah, sekarang masa untuk kita Cut off!
Tengok gambar di bawah betul2 dan teliti!



Ok dalam netcut ni terdapat 2 IP yang korang tak patut cut off :
1. IP korang sendiri (rujuk STEP 3)
2. IP server internet. (kalau korang potong ip ni, korang pun tak boleh guna internet tu)

Lepas dah tahu semua tu, untuk cut off, korang tekan dekat IP mangsa. kalau ada lebih dari satu, korang highlight ja semua guna mouse.

Lepas tu, tekan butang Cut off (Ready) di atas!
note: korang kena pastikan yang butang tu tertulis Ready. kalau tulis in testing... korang tak boleh cut off lagi.

6. Kalau berjaya, akan jadi macam dalam gambar di bawah. icon computer tu akan jadi warna merah.



Tahniah! korang dah berjaya hentikan pencuri wifi durjana hahahahhaha

Buat pengguna Linux, nantikan tutorial seterusnya!


Read More

Friday, 24 January 2014

Tutorial Bypass Survey Download Sharecash, FileIce



Assalamualaikum dan salam sejahtera. hari ini aku nak share tutorial cara nak BYPASS SURVEY download. Bagi kaki download software dan game mesti pernah jumpa survey yang menyakitkan hati ni. Tapi jangan risau, hari ni aku ajar korang cara bypass hoho...

Sebenarnya trick ni bukan bypass pun, tetapi cara yang betul nak lepas survey. cara ni boleh guna kat semua jenis survey macam sharecash, fileice, dan lain2 lagi, asalkan cukup syarat dan buat macam dalam tutorial ni.

Tutorial ni disediakan oleh :
Anis Asraf And ZACC Team


Benda Wajib yang Perlu Ada :

- Handset/Handphone/Phone/
- Simcard/Kad sim (Jangan guna simcard yang postpaid atau Line)
- Kredit Bawah RM 2 ( Kalau Nak Selamat )


Cara-cara :

1. Buka laman web yang korang nak download tu, dan akan ada keluar survey.

2. Pilih mana-mana Survey (Kalau boleh cari yang Number :33370)

3. Lepas tu ikut ja apa yang dia suruh buat, contohnya macam suruh main tembak itik ka, letak nama tengok jodoh la macam2.Buat ja...Tapi jangan tutup tab yang ada survey tu.

4. Dalam survey korang selalunya diminta untuk letakkan no telefon korang. letak ja .
Lepas tu akan ada satu mesej sampai .lepas dapat ja mesej tu, survey akan unlock dan korang dah boleh download file tu!

5. Sekarang step paling penting! Jangan terus download, korang kena batalkan langganan korang dengan survey tu dulu. Caranya :Hantar Sms Ni

CONTOH : Tulis "Stop" and Send Ke nombor Contoh : 33370 atau 33134

Itu Sajaa ! Dah Try 3 Kali . 50 Posen Je Hilang . Tapi Step 5 PALING PENTING !

Boleh PM Anis Asraf kalau Tak Faham :)





Read More

Sunday, 1 December 2013

Tutorial Install OWASP Joomla Vulnerability Scanner di Windows


Assalamualaikum dan salam sejahtera.Entry kali ini aku nak share cara nak install OWASP Joomla Vulnerability Scanner atau Joomscan di Windows.

Tool ini adalah untuk scan kelemahan yang terdapat di dalam sesebuah website Joomla seperti 0day, exploit dan lain2... 

Tool ini Linux pun boleh guna. Caranya sama saja tapi tak perlu install Perl sebab Linux dah tersedia ada.

Ok jom..

1. Tool ini ditulis dalam bahasa Perl. Jadi korang perlu Perl untuk jalankan tool ini. Download Active Perl :

Download Link: http://www.activestate.com/activeperl/downloads


lepas download, install.

2. Download pula OWASP Joomla Vulnerability Scanner dan extract.

Download Link: http://sourceforge.net/projects/joomscan/files/latest/download


Aku cadangkan korang extract ke desktop.Rename folder yg korang extract jadi joomscan. 
Kemudian copy folder joomscan ke Drive C:/ untuk senang guna.

Gambar :




3. Sekarang korang buka CMD (Command Prompt). cara nya tekan Start, kemudian taip CMD di kotak search :



4. Lepas tu CMD akan terbuka. Sekarang korang kena pergi ke directory joomscan yg korang extract tadi. cara nya dengan menggunakan command CD.

Taip di CMD :

cd C:\joomscan

kemudian tekan Enter. korang sekarang akan ada dalam folder joomscan. 
Gambar :



5. Sekarang semua dah ready, kita dah boleh guna Joomla scanner ni. Caranya :

Taip command :

perl joomscan.pl


Tekan Enter! 

tunggu sekejap untuk loading. Kalau berjaya, korang akan dapat macam ni :



Siap!
note : kalau keluar access denied, korang tutup antivirus dulu.


6. Cara nak guna Joomla Scanner ni :

taip command :
 perl joomscan.pl -u http://target.com/ 

gantikan http://target.com/ tu dengan laman web yang korang nak scan. 



INGAT! tool ni untuk scan JOOMLA sahaja.


Baiklah sampai sini saja tutorial ini. Selamat mengguna :)




Read More

Sunday, 7 July 2013

Tutorial Elakkan Lag dan DC dalam Game Online

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Dalam banyak2 reader blog ni mesti korang gamer kan? Banyak game FPS dan MMORPG yang orang selalu main macam blackshot, Sudden Attack, M.A.T, Dota 2 dll....

Tapi bagi seorang GAMER memang jadi satu masalah la kan bila ada masalah seperti lag dan koneksi terputus atau bahasa internetnya, DC (Disconnect).

Jadi hari ini aku nak share satu program yang dibina oleh bro Eka Syahwan .Boleh tengok blog beliau di SINI.

Program ini namanya ialah Control Connection dan di tulis dalam bahasa programming Batch.

Ok jom la download! :
Control Connection by Eka Syahwan


Cara menggunakan :

1. Mula-mula korang buka connection.bat yang korang download tadi.Akan keluar macam dalam gambar :




Tulis nama korang.

2. Kemudian akan keluar mcm dalam gambar dibawah :


Sekarang korang boleh pilih program apa yang korang nak jalankan.

Di bahagian Menu :


DownOrNotUntuk Mengetahui Down atau Not Sebuah Jaringan internet Biasanya kalau down ada tulisan REQUEST TIMED OUT

DNSpeed - Untuk mempercepat koneksi Internet Dengan DNS SERVER (Untuk Cek DNS SERVER buka CMD lalu ketikan ipconfig/all

DDos - Fungsi nya untuk menghantar packet ke sasaran hingga overload.


Sekarang aku nak ajar cara nak percepatkan connection dengan dns server.Dengan cara ini lag akan dapat dielakkan dan tak ada lagi DC ketika main game online :D

1. Mula-mula di bahagian menu tadi korang tulis no 2 dan enter.

Kemudian akan keluar macam gambar :



2. Sekarang korang perlu masukkan DNS Server.Cara nak cari korang buka CMD dan tulis ipconfig/all .


Copy dan paste dns server kedalam program tadi dan tekan enter.


3. Kemudian akan keluar macam ni :




Masukkan speed yang korang nak. Macam aku selalu aku masukkan 500 atau 600 saja.Sebab tak terlalu perlahan dan tak terlalu laju.connection akan stabil.


Enter!

4. Akhir sekali akan jadi macam ni.biarkan program ini terbuka sampai korang habis main game.



Tips : selain untuk main game, korang boleh juga guna untuk bagi internet korang tak putus2...bagi penguna broadband yang kehabisan quota memang sesuai guna hhehehe...

Ok enjoy!


Read More

Popular Posts

© 2011 - Reaperz All rights reserved | Theme Designed by Seo Blogger Templates DMCA.com