Showing posts with label Linux. Show all posts
Showing posts with label Linux. Show all posts

Wednesday, 3 June 2015

6 Ciri Terbaru Android M Yang Menarik


Syarikat laman web carian no 1 dunia, Google, baru saja melancarkan Android M di acara Google I/O 2015 di San Francisco.

Android terkenal sebagai sistem operasi (OS) telefon pintar dan juga merupakan pesaing terbesar Apple iOS.

Sebelum ini, Android tampil dengan Android 5.0 Lollipop.

Android M? Adakah Macaroon? Muffin?Marshmallow? 
Setakat ini belum ada lagi nama rasmi, dan hanya dipanggil "Android M".
Google juga turut memperkenalkan ciri-ciri menarik yang akan dilengkapi oleh Android M. 

Jom tengok 6 ciri terhebat Android M.

1. Fingerprint Reader Support

Pengimbas cap jari (fingerprint scanner) untuk telefon pintar sebelum ni diperkenalkan dengan pelancaran telefon pintar keluaran Apple, iPhone 5s. Kini pengeluar-pengeluar telefon pintar jenama lain turut menggunakan teknologi ini untuk telefon keluaran mereka.


Oleh itu, Google sertakan sokongan pengimbas cap jari di dalam Android M untuk kegunaan telefon pintar yang mempunyai pengimbas cap jari.

Dengan adanya pengimbas cap jari, pengguna Android tidak lagi perlu menggunakan username dan password untuk membuka telefon sebaliknya hanya mengimbas cap jari saja.

2. Android Pay

Android Pay adalah fungsi baharu yang membenarkan pengguna membeli dan berbelanja wang dengan menggunakan telefon pintar mereka, melalui aplikasi tertentu. Fungsi ini sebelum ini juga diperkenalkan oleh Apple, iaitu ApplePay.



Android Pay bukan saja membolehkan pengguna membeli barangan atas talian sahaja, tetapi juga boleh membeli di kedai sebenar. Google membenarkan pembangun aplikasi untuk membangunkan aplikasi yang membolehkan pengguna membeli dan membayar barangan di kedai sebenar. 

Sebagai contoh, apabila pengguna ke kedai makan yang mempunyai aplikasi Android Pay, untuk membayar makanan, pengguna hanya perlu membayar melalui aplikasi Android Pay sahaja tanpa perlu menggunakan wang ringgit sebenar.

3. Power and Charging

Android M turut menawarkan peningkatan kepada jangka hayat bateri telefon pintar pengguna dengan fungsi terbaru yang dinamakan Doze.


Doze berfungsi dengan cara menggunakan sensor telefon pintar pengguna untuk mengesan berapa lama penguna membiarkan telefon pintar tanpa menggunakanya. 
Jika pengguna tidak menggunakan telefon untuk seketika, Doze secara automatik akan mematikan dan mengurangkan kuasa pemprosesan telefon tersebut. Ini secara tidak langsung dapat mengurangkan penggunaan bateri telefon, dan dapat memanjangkan jangka hayat bateri.

Google berkata, jangka hayat bateri akan bertambah sebanyak 2 kali ganda semasa di dalam mode standby.

Apabila pengguna mengangkat atau menggerakkan telefon, Doze secara automatik akan mengembalikan kuasa pemprosesan kepada telefon.

4. App Permissions

Dalam versi Android sebelum ini, jika pengguna ingin memuat turun aplikasi dari Google Play, pengguna perlu sentiasa membenarkan aplikasi tersebut. 



Kebanyakan masanya, pengguna tidak membaca kebenaran aplikasi ini, sebaliknya hanya menekan approve sahaja.

Dengan Android M, Google membuatkan app permissions lebih senang untuk difahami. Jika sebelum ini pengguna perlu membenarkan aplikasi ketika henda memasangnya, kini pengguna perlu membenarkan aplikasi hanya ketika hendak menggunakan sesuatu fungsi di dalam aplikasi tersebut.

Sebagai contoh, apabila pengguna henda menggunakan "Whatsapp voice note" untuk pertama kali, Android M akan bertanyakan kebenaran aplikasi untuk menggunakan Microphone.

5. App Links

Salah satu fungsi yang membebankan pengguna Android sebelum ini adalah apabila Android sentiasa bertanya aplikasi manakan yang pengguna nak gunakan untuk membuka pautan laman web.


Sebagai contoh, jika pengguna menekan pautan laman web Twitter, Android akan bertanya sama ada hendak membuka pautan itu melalui aplikasi Twitter atau Chrome. 
Sudah tentulah pengguna henda membukanya dengan aplikasi Twitter.
Android sebelum ini tidak dapat memahami perkara ini.

Dengan fungsi terbaru Android M, tiada lagi masalah itu,
Google mengatakan yang Android M dapat memahami jenis pautan dan aplikasi manakah yang akan digunakan.

Fungsi ini membenarkan pengguna menggunakan telefon Android dengan lebih senang dan pantas.

6. Chrome Custom Tabs

Sebelum ini, jika pengguna menekan pautan di dalam sesuatu aplikasi, Android akan membuka Chrome untuk melayari pautan tersebut. Ini sangat membebankan kerana pengguna kini membuka 2 aplikasi. Dan pengguna perlu menukar aplikasi jika hendak kembali ke aplikasi sebelum ini dan mungkin perlu log masuk kembali.


Fungsi terbaru Android M iaitu Chrome Custom Tabs akan membolehkan sesuatu aplikasi itu membuka tabs sendiri tanpa perlu membuka aplikasi Chrome. Dan pengguna jugak tidak perlu lagi log masuk semula ke dalam laman web.

Fungsi ini tidaklah sehebat mana tetapi secara tidak langsung dapat meningkatkan penggunaan aplikasi


Baiklah itu saja 6 ciri terbaik Android M yang dapat dikongsikan. 
Sama-sama lah kita tunggu Android M.


Rujukan







Read More

Tuesday, 11 March 2014

ZTE dan The9 Akan Lancarkan Konsol Permainan Video


ZTE The9, hasil usahasama syarikat pembuat telefon pintar terkemuka dari China, ZTE dan syarikat pembina permainan video atas talian, The9 , merancang untuk melancarkan konsole permainan video TV atau gaming console buatan mereka pada bulan ini.

Konsol permainan video ini yang diberi nama Fun Box akan membawakan permainan video online dari The9.





Konsol ini akan dikuasakan dengan enjin permainan video berasaskan Android, dan produk ini juga akan dilengkapi dengan prosesor Nvidia Tegra quad -core 1.9GHz , 72 unit Nvidia GeForce GPU, 2GB RAM, USB port, micro- USB port, dual-band Wi-Fi  dan menyokong 4K video definisi tinggi. CEO syarikat, Zhu Jun juga berkata konsol Fun Box akan mempunyai Gamepad Bluetooth dengan graviti dan sensor getaran.

Pengguna juga boleh menonton video berdefinisi tinggi menerusi USB atau online.

Produk ini dijadualkan untuk memasuki pasaran pada bulan Mei ini dengan harga sekitar 1,200 Yuan (RM640) .

Guandong Cable Network baru sahaja melabur sebanyak 12.50 juta yuan pada ZTE The9 untuk saham kongsian sebanyak 10%, yang akan menyediakan permainan berbayar, video dan perkhidmatan membaca kepada lebih dari 13 juta pelabur.

ZTE dan The9 akan berurusniaga dengan pembangun-pembangun permainan video untuk menambah lebih banyak game pada konsol Fun Box ini.

Read More

Thursday, 20 February 2014

Blender - Perisian Animasi 3D Percuma dan Sumber Terbuka

 

Assalmualaikum. hari ini aku nak share tentang Blender 3D. Software Blender ini sangat terkenal di dalam dunia Animasi 3D.
Blender digunakan untuk menghasilkan karya model 3D dan Animasi 3D.

Apa yang menariknya, Blender merupakan Sumber Terbuka atau Open Source yang boleh diguna pakai oleh sesiapa sahaja dan boleh di ubahsuai mengikut keperluan diri sendiri.Dan yang paling penting sekali, Blender adalah PERCUMA.




Software Teringan -
Jika dibuat perbandingan dengan perisian yang lain seperti 3D MaxMaya dan Cinema 4D, software ini merupakan yang paling ringan. Perkara ini amat penting bagi mengelakkan crash ketika melakukan kerja animasi. Apabila tiba masa untuk selalunya, memerlukan computer yang memiliki ketinggian memori seperti processor seperti i3,i5,i7 dan kad grafik yang tinggi untuk menghasilkan animasi yang baik. Namun apabila PC atau Laptop lambat, agak sukar untuk melakukan rendering. Yang penting sekali adalah untuk mengelak crash ketika rendering iaitu proses export animasi.



Perisian Yang Ringkas -
Proses menghasilkan animasi bukanlah sesuatu yang mudah untuk dilakukan, kita akan berhadapan dengan dengan pelbagai butang fungsi yang agak rumit diperingkat permulaan. Namun, jika dibandingkan menu dan fungsi 3D dan 2D, 3D mempunyai butang yang banyak. Blender 3D antara software yang ringkas jika dibandingkan dengan 3D STUDIO Max dan Maya 3D.

Blender mula dibangunkan pada tahun 1993 oleh sebuah studio animasi iaitu Neo Geo dengan kerjasama Not a Number Technologies (NaN), mereka telah bersetuju untuk melepaskan Blender dibawah lesen GNU setelah NaN mengalami masalah kewangan.

Setelah itu Blender dibangunkan dengan mendapat sokongan sumbangan dari komuniti, termasuk dari segi kewangan dan juga pengaturcaraan program. Untuk memudahkan pengurusannya, Blender Foundation ditubuhkan dan dipertanggungjawabkan untuk membangunan perisian Blender secara lebih meluas.



Blender Foundation kini telah menghasil banyak filem pendek dengan kualiti yang baik. Perkara ini sekaligus membuktikan kelebihan yang dibawakan oleh perisian sumber-terbuka ini. Hasil kerja produksi yang dibuat dipaparkan secara percuma kepada umum dan setelah itu perjalanan setiap projek mereka diprodukkan untuk jualan yang merangkumi latihan dan juga proses penghasilan filem pendek menggunakan perisian Blender.



Antara filem pendek yang telah dihasilkan menggunakan perisian Blender ialah Elephants Dream (2006)Big Buck Money(2008), Sintel (2010), Tears of Steal (2012) dan banyak lagi.

Selain itu,  Blender juga mendapat perhatian pembangun industri Animasi 3D tempatan seperti Animagis Sdn Bhd dan juga Triple Q Sdn Bhd . Mereka juga telah menghasilan beberapa Animasi 3D menggunakan Blender.

Antaranya ialah Siri Animasi Zibiru (2012), Animasi Si Bongkok Tanjung Puteri , dan Animasi Perak Boy .

Perisian Blender 3D telah memberi peluang untuk melahirkan pembangun animasi 3D yang baru tanpa perlu mengeluarkan modal dan belanja yang besar. Untuk yang baru menceburi bidang 3D dengan Blender, terdapat beberapa laman web dan forum yang boleh dijadikan sumber rujukan. Antaranya ialah Blender Cookie dan Blender Artist Community .

Bagi yang ingin mencuba Blender 3D, boleh download di laman web rasmi Blender. Blender menyokong sistem operasi Windows, Mac OS dan Linux :

Read More

Saturday, 15 February 2014

Potong Wifi dengan mdk3 Tuxcut di Linux


Assalamualaikum dan salam sejahtera. 
Pernah tak korang tengah guna wifi yang korang bayar mahal2 tu, tiba2 jadi slow, not internet access, atau jadi pelik2? Itu sebenarnnya petanda ada "makhluk" lain yang sedang guna wifi korang secara curi-curi. Jadi harini aku nak ajar korang macam mana nak selesaikan masalah ini.

Sebelum ini aku ada buat tutorial Hentikan Pencuri Wifi Dengan NetCut untuk pengguna Windows. 
Jadi kali ini aku nak ajar untuk pengguna Linux khususnya Linux Backtrack 5 atau Kali Linux.

Dalam tutorial ni, linux yang digunakan ialah Backtrack 5, ini disebabkan dalam distro Backtrack 5 ini sudah disediakan tool mdk3 Tuxcut ini.

Jika anda pengguna distro Linux yang lain seperti Ubuntu, anda boleh download Tuxcut di sini :
Download Tuxcut


Baiklah tutorial video ini disediakan oleh Newbie3viLc063s .

Enjoy...






Read More

Sunday, 1 December 2013

Tutorial Install OWASP Joomla Vulnerability Scanner di Windows


Assalamualaikum dan salam sejahtera.Entry kali ini aku nak share cara nak install OWASP Joomla Vulnerability Scanner atau Joomscan di Windows.

Tool ini adalah untuk scan kelemahan yang terdapat di dalam sesebuah website Joomla seperti 0day, exploit dan lain2... 

Tool ini Linux pun boleh guna. Caranya sama saja tapi tak perlu install Perl sebab Linux dah tersedia ada.

Ok jom..

1. Tool ini ditulis dalam bahasa Perl. Jadi korang perlu Perl untuk jalankan tool ini. Download Active Perl :

Download Link: http://www.activestate.com/activeperl/downloads


lepas download, install.

2. Download pula OWASP Joomla Vulnerability Scanner dan extract.

Download Link: http://sourceforge.net/projects/joomscan/files/latest/download


Aku cadangkan korang extract ke desktop.Rename folder yg korang extract jadi joomscan. 
Kemudian copy folder joomscan ke Drive C:/ untuk senang guna.

Gambar :




3. Sekarang korang buka CMD (Command Prompt). cara nya tekan Start, kemudian taip CMD di kotak search :



4. Lepas tu CMD akan terbuka. Sekarang korang kena pergi ke directory joomscan yg korang extract tadi. cara nya dengan menggunakan command CD.

Taip di CMD :

cd C:\joomscan

kemudian tekan Enter. korang sekarang akan ada dalam folder joomscan. 
Gambar :



5. Sekarang semua dah ready, kita dah boleh guna Joomla scanner ni. Caranya :

Taip command :

perl joomscan.pl


Tekan Enter! 

tunggu sekejap untuk loading. Kalau berjaya, korang akan dapat macam ni :



Siap!
note : kalau keluar access denied, korang tutup antivirus dulu.


6. Cara nak guna Joomla Scanner ni :

taip command :
 perl joomscan.pl -u http://target.com/ 

gantikan http://target.com/ tu dengan laman web yang korang nak scan. 



INGAT! tool ni untuk scan JOOMLA sahaja.


Baiklah sampai sini saja tutorial ini. Selamat mengguna :)




Read More

Friday, 7 June 2013

5 Aplikasi Menarik Untuk Ubuntu


Assalamualaikum dan salam sejahtera.Entry hari ini aku nak share beberapa aplikasi menarik dan lawak untuk Ubuntu ataupun Linux lain.
Aplikasi-aplikasi ni sebenarnya tak ada fungsi pun tetapi boleh membuatkan korang tersenyum lebar hahahhaha :P

1. Oneko


Aplikasi ni akan menampilkan seekor kucing berlari mengejar tikus ( pointer mouse) di desktop korang.Bila korang gerakkan mouse, kucing itu akan terus mengejar.

Cara nak install b
uka terminal dan tulis :

sudo apt-get install oneko  

Lepas dah install, nak jalankan aplikasi ni buka terminal dan tulis :

oneko

nak hentikan tekan CTRL+C di keyboard.




2. Xpenguins


Aplikasi ni akan membuatkan banyak penguins "terjun" ke desktop korang.Ada yang selamat dan ada yang tak.Penguins yang terselamat akan buat beberapa aksi yang menarik seperti membaca buku,bermain skateboard, jalan-jalan dan lain-lain lagi.

Cara nak install buka terminal dan tulis :


sudo apt-get install xpenguins  

Nak run aplikasi ni buka terminal dan tulis :

xpenguins


Nak hentikan tekan CTRL+C di keyboard.



3. Xsnow


Aplikasi ni akan menampilkan suasana Christmas di desktop.Lengkap dengan salji dan santa claus dan rusa-rusa.

Cara nak install buka terminal dan tulis :


sudo apt-get install xsnow 

Nak jalankan aplikasi ni tulis dalam terminal :

xsnow


Nak hentikan tekan CTRL+C 



4. Free The Fish

Merupakan Easter Egg dari Gnome desktop Ubuntu Anda.Aplikasi ni akan menampilkan seekor ikan emas berenang-renang di desktop.
Aplikasi ni korang tak perlu install.tetapi korang mestilah menggunakan Gnome desktop.Unity tak ada.

Cara nak aktifkan : 


Tekan ALT+F2, dan tulis free the fish

Nak hentikan buka terminal dan tulis :


killall gnome-panel 




4. Figlet

Aplikasi ni akan menampilkan tulisan dalam huruf-huruf besar seperti Ascii Art.

Cara nak install buka terminal dan tulis :


sudo apt-get install figlet

Cara nak guna buka terminal dan tulis :

figlet rehmoe


note : ganti rehmoe dengan apa2 yang korang nak!




5. Cowsay


Aplikasi ni sangat menarik kerana menampilkan seekor lembu yang berkata-kata dengan tulisan kita dalam bentuk ASCII.

Cara nak install tulis di terminal :


sudo apt-get install cowsay

Cara guna :

cowsay "AYAT KORANG"



Sumber : Rehmoe

Baiklah itu saja aplikasi menarik yang boleh korang install di ubuntu.Semoga berjaya haha


Read More

Monday, 27 May 2013

Hacking LFI/RFI Dengan Fimap


Assalamualaikum dan salam sejahtera.Entry hari ini aku nak ajar korang cara nak hack dan pentest website dengan menggunakan tool yang bernama Fimap. Fimap ni sebenanrnya tool scanner yang ditulis dalam bahasa programming Python untuk teknik hacking Local File Inclusion (LFI) dan Remote File Inclusion (LFI).

Bagi yang belum tahu lagi kaedah hacking laman web RFI dan LFI ni boleh rujuk artikel terdahulu :

RFI : Tutorial RFI - Remote File Inclusion

LFI : Upload Shell dan Deface dengan LFI

Baiklah dalam tutorial ni aku akan tunjuk step-step menggunakan tool Fimap ni.Fimap ni boleh digunakan dalam Windows atau Linux.Dalam tutorial ni aku akan menggunakan Ubuntu 13.04.

Apa yang diperlukan :


1. Tool Fimap : https://code.google.com/p/fimap/downloads/detail?name=fimap_alpha_v09.tar.gz&can=2&q=


(Untuk windows sahaja ) :
Python : 
http://www.python.org/download/

note :Untuk pengguna Windows korang kena download Python dan Fimap.Untuk pengguna Linux korang cuma perlu download Fimap sahaja.

note2 : Untuk pengguna Backtrack, korang tak perlu download apa-apa.Semua dah siap ada.

2. Selepas dah download, install python ( windows) dan extract file fimap.Untuk memudahkan kerja, rename folder fimap tu dari fimap_alpha_v09 kepada fimap.


3. Selepas tu "cd" ke dalam folder fimap tersebut.Untuk windows aku cadangkan letak dalam drive C:/
dan untuk Linux aku cadangkan letak dalam Home.

Windows :
Buka cmd dan masukkan command :
cd C:/fimap

Linux :

Buka Terminal dan masukkan command :
cd fimap


Untuk Backtrack masukkan command :
cd /pentest/web/fimap

4. Baiklah sekarang masanya untuk kita mula menggunakan tool Fimap ni.Aku akan paparkan commands untuk fimap.Commands ni boleh digunakan pada Windows dan Linux.Untuk windows pastikan korang dah install python dan pastikan dah cd folder fimap.

Baiklah dibawah aku senaraikan commands yang korang perlu tahu :

Scan Sesuatu Laman Web Untuk Vulnerable RFI/LFI :



./fimap.py -u http://www.example.com/test.php?file=bang&id=23






Search Google untuk laman web yang vulnerable kepada RFI/LFI dengan Google Dork :


./fimap.py -g -q inurl:include.php




note: gantikan inurl:include.php dengan google dork RFI/LFI korang.

Mencari dan mengeluarkan list url yang vuln RFI/LFI dalam sesuatu laman web :


./fimap.py -H -u 'http://www.example.com' -d 3 -w /tmp/urllist





Ni antara commands basic yang korang perlu tau untuk menggunakan tool fimap ni.Nak lagi?
Boleh rujuk commands penuh di laman rasmi fimap : 

FimapHelpPage

Baiklah itu saja untuk tutorial ni.semoga korang berjaya!

Read More

Friday, 26 April 2013

Ubuntu 13.10 Akan Hadir Dengan Nama Saucy Salamander

Assalamualaikum, Ubuntu 13.04 dengan kod nama "Raring Ringtail" baru sahaja dilepaskan kelmarin.

Mark Shuttleworth juga mengumumkan kod nama (Codename) untuk Ubuntu 13.10 iaitu "Saucy Salamander" yang akan dilepaskan pada bulan Oktober akan datang.

Ubuntu 13.10 dinamakan sempena haiwan amfibia yang dikenali sebagai Salamander iaitu haiwan yang menyerupai cicak.



Pembangunan Ubuntu 13.10 (Saucy Salamander) akan mengambil masa selama enam bulan dimana ianya bakal dilepaskan kepada umum pada bulan Oktober 2013 nanti. 

Namun ketika ini, masih belum ada fasa-fasa pembangunan Ubuntu 13.10 diperlihatkan. 
Namun apa yang pasti, Ubuntu 13.10 akan membawakan pelbagai kemaskini dan sokongan Ubuntu Touch untuk peranti mudah-alih.

Ubuntu 13.04 Raring Ringtail boleh didapati di Laman Rasmi Ubuntu


Read More

Friday, 5 April 2013

Cara Lajukan Buffering Youtube


Assalamualaikum dan salam sejahtera.Entry hari ini aku nak share cara nak hack lajukan buffering video youtube.Mesti korang bengang kan kadang2 video youtube buffering lama gila!
Jadi entry hari ni aku nak ajar lah trick untuk lajukan buffering youtube.Trick ni mungkin ada yang jadi dan ada yang tak jadi.Tapi bagi aku memang berkesan.

Trick ni sebenarnya bekerja dengan "block" atau menyekat ip yang buruk dari youtube.IP buruk inilah penyebab buffering video lambat.

Tutorial ni aku buat untuk pengguna Windows, Mac dan juga Linux :D

Ok jom...



Windows
1. Mula-mula buka CMD (Command Prompt).Pastikan korang "run as administrator".

2. Copy command di bawah :

netsh advfirewall firewall add rule name="YouTubePerformanceHack" dir=in action=block remoteip=173.194.55.0/24,206.111.0.0/16 enable=yes


Paste dalam CMD dan enter. Pastikan keluar perkataan Ok mcm gambar dibawah :



3. Siap sudah! Sekarang korang boleh test tengok video youtube ada perbezaan atau tidak.

4. Kalau korang rasa macam tak ada beza atau nak buang hack ni, copy dan paste command dibawah dalam cmd dan enter :


netsh advfirewall firewall delete rule name="YouTubePerformanceHack"


Mac dan Linux
1. Mula-mula buka Terminal.

2. Copy dan paste command di bawah kedalam Terminal.
sudo ipfw add reject src-ip 173.194.55.0/24 in
sudo ipfw add reject src-ip 206.111.0.0/16 in

Tekan enter. Kalau tak jadi paste satu demi satu line command.

3. Siap!

Bagi yang masih tak faham dan terpinga-pinga lagi, jom layan video pulak.



Ok semoga korang berjaya! Macam aku kata tadi mungkin jadi mungkin tak jadi.Tapi bagi aku trick hack ni memang menjadi hehe :D

Sumber : JomPHP
Read More

Tuesday, 2 April 2013

Apa itu Debian?


Assalamualaikum dan salam sejahtera.Hari ini aku nak share tentang Debian. Mungkin ada yang pernah dengar dan ada yg tak pernah dengar.Macam aku sendiri sebenarnya bukan tau sangat pun dulu Debian ni apa.Jadi harini aku nak share la apa itu Debian.

Apa itu ?
Debian adalah sistem operasi bebas yang dikembangkan secara terbuka oleh banyak programer sukarela(pengembang Debian) yang tergabung dalam Proyek Debian. Sistem operasi Debian adalah gabungan dari perangkat lunak yang dikembangkan dengan lisensi GNU, dan utamanya menggunakan kernel Linux, sehingga populer dengan nama Debian GNU/Linux. Sistem operasi Debian yang menggunakan kernel Linux yang merupakan salah satu distro Linux yang populer dengan kestabilannya. Rata-rata Distro turunan Debian adalah Distro yang paling banyak digunakan di dunia, seperti ; Ubuntu , Linux Mint , Backtrack , Knoppix dan yang terbaru, Kali Linux.

Bagaimana Sejarahnya ?
Debian pertama kali diperkenalkan oleh Ian Murdock, seorang mahasiswa dari Universitas Purdue, Amerika Serikat, pada tanggal 16 Agustus 1993. Nama Debian berasal dari kombinasi nama Ian ( Pembuat Debian ) dengan mantan-kekasihnya Debra Lynn, yang Disingkat dengan “DEBIAN”.

Ian Murdock

Pada awalnya, Ian memulainya dengan memodifikasi distribusi SLS (Softlanding Linux System). Namun, ia tidak puas dengan SLS yang telah dimodifikasi olehnya sehingga ia berpendapat bahwa lebih baik membangun sistem (distribusi Linux) dari nol (Dalam hal ini, Patrick Volkerding juga berusaha memodifikasi SLS. Ia berhasil dan distribusinya dikenal sebagai “Slackware”).

Proyek Debian tumbuh lambat pada awalnya dan merilis versi 0.9x di tahun 1994 dan 1995. Pengalihan arsitektur ke selain i386 dimulai ditahun 1995. Versi 1.x dimulai tahun 1996.
Ditahun 1996, Bruce Perens menggantikan Ian Murdoch sebagai Pemimpin Proyek. Dalam tahun yang sama pengembang debian Ean Schuessler, berinisiatif untuk membentuk Debian Social Contract dan Debian Free Software Guidelines, memberikan standar dasar komitmen untuk pengembangan distribusi debian. Dia juga membentuk organisasi “Software in Public Interest” untuk menaungi debian secara legal dan hukum.

Di akhir tahun 2000, proyek debian melakukan perubahan dalam archive dan managemen rilis. Serta di tahun yang sama para pengembang memulai konferensi dan workshop tahunan “debconf”.
Di April 8, 2007, Debian GNU/Linux 4.0 dirilis dengan nama kode “Etch”. Rilis versi terbaru Debian, 2009, diberi nama kode “Lenny”. deb adalah perpanjangan dari paket perangkat lunak Debian format dan nama yang paling sering digunakan untuk paket-paket binari seperti itu.

Paket debian adalah standar Unix pada arsip yang mencakup dua gzip, tar bzipped atau lzmaed arsip: salah satu yang memegang kendali informasi dan lain yang berisi data. Program kanonik untuk menangani paket-paket tersebut adalah dpkg, paling sering melalui apt/aptitude.

Beberapa paket Debian inti tersedia sebagai udebs (“mikro deb”), dan biasanya hanya digunakan untuk bootstrap instalasi Linux Debian. Meskipun file tersebut menggunakan ekstensi nama file udeb, mereka mematuhi spesifikasi struktur yang sama seperti biasa deb. Namun, tidak seperti rekan-rekan mereka deb, hanya berisi paket-paket udeb fungsional penting file. Secara khusus, file dokumentasi biasanya dihilangkan. udeb paket tidak dapat diinstal pada sistem Debian standar.

Paket debian juga digunakan dalam distribusi berbasis pada Debian, seperti Ubuntu dan lain-lain. Saat ini telah terdapat puluhan distribusi Linux yang berbasis kepada debian, salah satu yang paling menonjol dan menjadi fenomena adalah Ubuntu
Emang mantab dah Debian

Siapa Pemimpin Debian ?
Pemimpin Proyek Debian (The Debian Project Leader (DPL)) adalah orang-orang yang ada di depan publik dan menjadi penentu arah dari proyek. Proyek Debian telah memiliki pemimpin sebagai berikut:

-Ian Murdock (Agustus 1993 – Maret 1996), pendiri dari Proyek Debian
-Bruce Perens (April 1996 – Desember 1997)
-Ian Jackson (Januari 1998 – Desember 1998)
-Wichert Akkerman (Januari 1999 – Maret 2001)
-Ben Collins (April 2001 – April 2002)
-Bdale Garbee (April 2002 – April 2003)
-Martin Michlmayr (March 2003 – March 2005)
-Branden Robinson (April 2005 – April 2006)
-Anthony Towns (April 2006 – April 2007)
-Sam Hocevar (April 2007 – April 2008)
-Steve McIntyre (April 2008 – April 2010)
-Stefano Zacchiroli (April 2010 – Sekarang)

Berikut ada Sedikit dari Debian ?
Pada Februari 2011, versi rilis stabil terakhir adalah versi 6.0, dengan kode nama squeeze. Saat versi baru dirilis, versi stabil sebelumnya yaitu versi 5.0 dengan kode nama lenny menjadi oldstable.

Sebagai tambahan, rilis stabil dengan pemutakhiran minor (disebut sebagai titik rilis). Skema penomoran untk titik rilis hingga Debian 4.0 adalah termasuk huruf r (untuk rilis) setelah nomor versi utama (misal: 4.0) diikuti dengan nomor titik rilis; sebagai contoh, titik rilis terakhir dari versi 4.0 (etch) 8 Desember 2010 adalah 4.0.r9. Dari Debian 5.0 (lenny), skema penomoran dari titik rilis telah berubah dan mengikuti standar penomoran versi GNU; jadi, sebagai contoh, titik rilis pertama dari Debian 5.0 adalah 5.0.1 (bukan 5.0r1).

Tim keamanan Debian merilis pemutakhiran keamanan untuk rilis mayor stabil terakhir, sama seperti dengan versi stabil sebelumnya, selama satu tahun. Versi 4.0 dirilis pada 8 April 2007, dan tim keamanan mendukung versi 3.1 hingga 31 Maret 2008. Untuk penggunaan pada umumnya, sangat direkomendasikan untuk menjalankan sistem yang menerima pemutakhiran keamanan. Distribusi testing juga menerima pemutakhiran keamanan, namun waktunya tidak se-teratur seperti versi stabil.

Untuk Debian 6.0 (squueze) diumumkan seubah kebijakan pengembangan berbasiskan waktu yaitu membekukan siklus dua tahun. Pembekuan berdasarkan waktu dimaksudkan agar proyek Debian dapat mengakomodasi rilis berdasarkan waktu dengan rilis berdasarkan fitur. Kebijakan pembekuan ini bertujuan agar rilis dapat diprediksikan lebih baik oleh pengguna distribusi Debian, dan memungkinkan pengembang Debian melakukan perencanaan jangka panjang yang lebih baik. Pengembang Debian mengharapkan rilis setiap dua tahun akan memberikan waktu yang lebih banyak untuk perubahan yang besar, mengurangi ketidaknyamanan bagi para pengguna. Dengan memiliki waktu beku yang dapat diprediksi diharapkan dapat mengurangi waktu beku secara keseluruhan. Siklus squeeze dibuat pendek dengan tujuan untuk masuk ke siklus baru. Namun siklus beku pendek ini diacuhkan.



Kode nama rilis Debian merupakan nama karakter dari film Toy Story. Distribusi unstable diberikan nama Sid, sesuai dengan karakter emosinya yang tidak stabil, tetangga sebelah rumah yang secara teratur menghancurkan mainan. Rilis setelah squeeze akan dinamakan wheezy, nama pinguin mainan karet dalam Toy Story 2.



Itu lah sedikit sebanyak yang dapat saya kongsikan tentang Debian.
Semoga bermanfaat.Assalamualaikum.

Sumber
Read More

Popular Posts

© 2011 - Reaperz All rights reserved | Theme Designed by Seo Blogger Templates DMCA.com