Showing posts with label Blog. Show all posts
Showing posts with label Blog. Show all posts

Monday, 5 May 2014

Tutorial Download Video Keek dan Instagram

Assalamualaikum... hari ni aku nak ajar korang cara nak download video dari keek dan instagram. Mungkin sebelum ni korang nk download video retis yg korang minat , crush, atau pun video syok seniri korang tapi tak tahu macam mana. Jadi jom ikut tuto ni!
Sumber tutorial ni dari blog Mohd Apiz iaitu MxDotMy

note: tutorial ni korang kena guna browser laptop/pc , kalau pakai handphone mahal korang tu susah sikit la hehe.

Cara download video Keek :

1. Mula-mula korang buka video Keek yang korang nak download tu, lepas tu copy link video tu. cara nya tekan butang kecik macam dalam gambar :

Lepas click tu, akan keluar link, korang copy link tu.

2. Okeh link video dah dapat, sekarang masa untuk download pulak.
Caranya korang buka website KeekDown .

lepas tu paste link video tadi dalam kotak kosong tu dan click Keekdown!

Siap! video korang akan di-download.

Cara download video Instagram :

1. Mula-mula korang buka video instagram tu, lepas tu copy link di address bar. rujuk gambar :

2. lepas tu buka website InstaDown .

lepas tu paste link video tadi dalam kotak dan click InstaDown!

Siap!!!

Enjoy download video!

Read More

Thursday, 6 March 2014

Cara Menaikkan Facebook Page Likes dengan AddMeFast

trik tingkatkan likes facebook page

Facebook Page atau Fanpage memainkan peranan yang buat peniaga dan blogger. Ini kerana melalui page facebook, pembaca dan pelanggan dapat mengetahui update yang terkini dari korang.
Tapi kalau page facebook likes kurang, jadi macam tak ada fungsi pun page tu.

Jadi LIKEs di fanpage facebook memang memainkan peranan yang penting. Tapi jangan risau, hari ini aku nak share satu teknik untuk menaikkan likes secara PERCUMA!
Dengan menggunakan teknik ini anda boleh tingkatkan fan page anda kepada beribu-ribu dalam masa 24 jam.

Selepas belajar teknik ini korang boleh menggunakannya untuk menaikkan likes fan page sendiri, atau tawarkan servis naikkan likes pada orang lain.

Berminat? Teruskan membaca entry ini!

sumber : HakimiNurazlan.com

Rahsianya adalah dengan menggunakan servis AddMeFast. Jangan risau, semuanya adalah PERCUMA.

Servis AddMeFast (AMF) adalah satu servis yang amat mudah untuk digunakan. Secara kasarnya, anda memberi dan orang lain akan memberi. Anda like page orang lain dan orang lain akan like page anda. Ia adalah satu sistem “give and take”.

Bagaimana Untuk Menggunakan Servis AddMeFast

Anda hanya perlu daftarkan diri di AddMeFast dan kemudian anda sudah bersedia untuk tingkatkan Facebook Page likes anda.

Layari AddMeFast dan kemudian daftar. Sila rujuk pada gambar di bawah.

AddMeFast ialah satu sistem pertukaran point. Selepas anda berjaya mendaftar, anda akan diberi percuma 50 points. Apa yang perlu anda lakukan selepas ini hanyalah like page orang lain untuk mendapatkan points. Kemudian anda berikan points itu kepada orang lain apabila orang lain like page anda.

Selain daripada Facebook Page anda juga boleh tingkatkan fan atau follower di servis-servis yang lain, sebagai contoh Twitter, Instagram, Pinterest dan lain-lain. Sila rujuk gambar di bawah.

Di sini saya akan berikan contoh menggunakan AddMeFast hanya untuk Facebook Page likes.

Langkah-Langkah Menggunakan Sistem AddMeFast
Langkah Pertama:

Pertama sekali anda perlulah login dalam akaun Facebook anda. Anda bolehlah menggunakan akaun sendiri ataupun buat satu akaun baru. Saya cadangkan untuk buat satu akaun baru. Kemudian buka tab baru dan login dalam akaun AddMeFast anda. Kemudian klik Add Site/Page.

Langkah Kedua:

Masukkan page anda di dalam setting berikut.

• Type: pilih Facebook Likes
• Countries: pilih Malaysia untuk dapatkan likes daripada orang Malaysia (kalau anda nak likes daripada seluruh dunia, anda boleh letakkan setting Worldwide)
• Title: letakkan tajuk page anda
• Site/Page URL: tulis URL Facebook page yang anda hendak naikkan likes, contoh: https://www.facebook.com/facebook_fan_page_anda
• Total Clicks: Letakkan jumlah likes yang anda perlukan untuk page anda, contoh 1000, 10000 atau 20000
• Daily Clicks: Jumlah klik untuk sehari, jika sehari anda hendak naikkan sebanyak 100 likes sahaja, letakkan 100. Saya letak 200 sehari
• CPC (Cost Per Click): Berapa points yang anda hendak berikan kepada orang lain. Biasanya saya letak 9 points. (lebih tinggi points lebih kerap anda muncul di dalam sistem AddMeFast untuk orang lain like page anda)

Apabila sudah selesai, tekan Save Changes. Facebook Page anda akan dimasukkan dalam sistem AddMeFast dan bersedia untuk di like oleh orang lain. Anda biarkan sahaja begitu dan page anda akan automatik di like mulai sekarang (selagi anda mempunyai points). Klik My Sites untuk melihat senarai page yang anda telah masukkan.

Langkah Ketiga:

Anda juga perlu tambahkan points untuk akaun anda. Klik pada Facebook Likes. Rujuk pada gambar di bawah.

Langkah Keempat:

Apa yang anda perlu buat hanyalah like page orang lain. Apabila anda like page orang lain anda akan dapat points. Klik pada butang like yang berwarna hijau. Kemudian popup akan muncul. Klik Like. Kemudian tutup page tersebut. Jika anda lambat tutup, page akan tertutup dengan sendirinya tetapi anda tidak memperolehi points. Anda perlu tutup popup tersebut segera selepas like page orang lain.

Ulangilah like page orang lain sehingga anda mendapat points yang tinggi. Di bawah adalah points yang saya dapat setelah like banyak kali.

Pastikan anda sentiasa mempunyai 2000 points ke atas supaya page anda sentiasa boleh di like oleh orang lain. Setiap kali orang lain like page anda, anda akan memberi points kepada orang tersebut. Jika anda kehabisan points, page anda akan dikeluarkan daripada sistem AddMeFast untuk sementara waktu sehingga anda perolehi points.

Secara rumusannya, ikuti langkah-langkah ini untuk menggunakan sistem ini.

1. Login akaun Facebook anda. Buka tab baru dan kemudian login akaun AddMeFast anda.
2. Masukkan page dalam setting
3. Klik Facebook Likes
4. Like page orang lain
Itu sahaja!

Bagaimana Jika Anda Malas Nak Like Berkali-Kali Untuk Mendapatkan Points?

Pastikan anda mencuba dahulu sistem ini. Barulah anda akan faham konsepnya. Selepas itu bolehlah anda rujuk pada topik ini untuk cara mendapatkan points secara percuma.

Terdapat empat cara yang boleh anda buat jika anda tidak rajin atau dalam erti kata lain malas nak like banyak kali.

Pertama, anda boleh dapatkan 150 points setiap hari dengan Daily Bonus.

Tetapi terdapat satu syarat: anda perlulah like page orang lain sebanyak 20 kali. Setelah anda like page orang lain sebanyak 20 kali, klik pada Daily Bonus dan dapatkan 150 points secara percuma. Anda boleh lakukan ini hanya sehari sekali.

Kedua, anda bolehlah membeli points tersebut dengan wang ringgit. Tetapi, cara ini amatlah tidak digalakkan oleh saya. Simpan duit anda itu dan belanjakan pada tempat yang lebih berbaloi!

Ketiga, dengan memperkenalkan sistem ini kepada orang lain. Anda boleh memperolehi 300 points setiap kali orang lain daftar menggunakan sistem AddMeFast melalui anda. Lihat pada sudut kiri bawah anda akan dapat melihat link referrals anda. Copy link ini dan kemudian paste di mana-mana forum atau mana-mana yang anda hendak promosikan sistem AddMeFast. Apabila orang daftar melalui link ini anda akan perolehi 300 points.

Kesimpulan

Kesimpulannya, ini adalah cara paling mudah untuk naikkan likes page anda. Tetapi harus saya ingatkan bahawa kualiti fans dan likes anda tidaklah begitu bagus. Ini kerana kebanyakan mereka yang like page anda adalah orang yang menggunakan sistem AddMeFast seperti anda juga.

Walaupun anda memperoleh 10000 likes, tetapi fans anda tidak akan berinteraksi di page anda. Saya tahu kebanyakan servis naikkan likes mempromosi dengan mengatakan bahawa orang yang like page anda adalah orang yang sebenar, bukan bots, target market dan dari Malaysia, sebenarnya tidaklah begitu tepat.

Kepentingan untuk mendapatkan likes adalah supaya page anda nampah gah kerana mempunyai beribu likes, sekaligus memberi persepsi bahawa produk atau servis anda amat popular dan sedang digunakan oleh orang ramai.

Ini akan memberi keyakinan orang ramai supaya like page anda dan seterusnya akan membeli produk atau servis anda. Itulah tujuan sebenar untuk tingkatkan likes di Facebook page.

Read More

Sunday, 1 December 2013

Tutorial Install OWASP Joomla Vulnerability Scanner di Windows

Assalamualaikum dan salam sejahtera.Entry kali ini aku nak share cara nak install OWASP Joomla Vulnerability Scanner atau Joomscan di Windows.

Tool ini adalah untuk scan kelemahan yang terdapat di dalam sesebuah website Joomla seperti 0day, exploit dan lain2...

Tool ini Linux pun boleh guna. Caranya sama saja tapi tak perlu install Perl sebab Linux dah tersedia ada.

Ok jom..

1. Tool ini ditulis dalam bahasa Perl. Jadi korang perlu Perl untuk jalankan tool ini. Download Active Perl :

Download Link: http://www.activestate.com/activeperl/downloads

lepas download, install.

2. Download pula OWASP Joomla Vulnerability Scanner dan extract.

Download Link: http://sourceforge.net/projects/joomscan/files/latest/download

Aku cadangkan korang extract ke desktop.Rename folder yg korang extract jadi joomscan.
Kemudian copy folder joomscan ke Drive C:/ untuk senang guna.

Gambar :

3. Sekarang korang buka CMD (Command Prompt). cara nya tekan Start, kemudian taip CMD di kotak search :

4. Lepas tu CMD akan terbuka. Sekarang korang kena pergi ke directory joomscan yg korang extract tadi. cara nya dengan menggunakan command CD.

Taip di CMD :

cd C:\joomscan

kemudian tekan Enter. korang sekarang akan ada dalam folder joomscan.
Gambar :

5. Sekarang semua dah ready, kita dah boleh guna Joomla scanner ni. Caranya :

Taip command :

perl joomscan.pl

Tekan Enter!

tunggu sekejap untuk loading. Kalau berjaya, korang akan dapat macam ni :

Siap!
note : kalau keluar access denied, korang tutup antivirus dulu.

6. Cara nak guna Joomla Scanner ni :

taip command :
perl joomscan.pl -u http://target.com/

gantikan http://target.com/ tu dengan laman web yang korang nak scan.

INGAT! tool ni untuk scan JOOMLA sahaja.

Baiklah sampai sini saja tutorial ini. Selamat mengguna :)

Read More

Saturday, 25 May 2013

Status Glitterati Nuffnang Tercapai!

Assalamualaikum dan salam sejahtera...Hari ni aku saja la buka account nuffnang aku nak tengok berapa visitor blog aku hari ini.Tengok-tengok dekat status member dah bertukar jadi Glitterati.Terkejut aku! hahaha

Earning sikit je hahaha

Sebenarnya kalau korang perasan aku baru ja letak balik iklan nuffnang kat blog ni.dulu aku dah pernah letak waktu mula-mula blog ni dibuat tapi aku buang sebab tengok income macam tak naik-naik je.Tapi baru-baru ni lepas dapat motivasi dari beberapa blogger lain terus aq semangat letak balik.

Alhamdulillah berkat aku buat post baru setiap hari dan promote sana sini dalam masa tak sampai 3 hari aku dah dapat status Glitterati Nuffnang!

Apa sebenarnya Glitterati Nuffnang ni?

Glitterati Nuffnang ni ialah ahli Eksklusif Nuffnang.
"Nuffnanger Eksklusif” merujuk kepada ahli blogger Nuffnang yang TIDAK mempunyai sebarang bentuk pengiklanan di dalam blog berdaftar mereka, sama ada melalui unit iklan, kenyataan atau pun pautan kepada mana-mana rangkaian pengiklanan yang berasal dari Asia Timur Selatan atau rangkaian pengiklanan lain yang dianggap sebagai pesaing oleh pihak Nuffnang.

Macam mana nak dapat status Glitterati Nuffnang ni?

Anda akan didaftarkan sebagai ahli Glitterati Nuffnang secara automatik sekiranya kesemua blog berdaftar anda tidak mempunyai sebarang bentuk pengiklanan sama ada melalui unit iklan, kenyataan atau pautan daripada mana-mana rangkaian pengiklanan dari Asia Timur Selatan atau rangkaian pesaing Nuffnang. Sistem kami akan mendaftar anda sebagai ahli Glitterati secara automatik dalam tempoh 4 hari.

Sekiranya sistem kami dapat mengesan mana-mana blog berdaftar anda mempunyai sebarang iklan atau pautan yang menghubungkan kepada rangkaian pesaing Nuffnang, status keahlian Glitterati anda akan disingkirkan dalam tempoh 4 hari.

Apakah kelebihan untuk yang berstatus glitterati?

1. Kadar pembayaran bagi kedua-dua kos per pengunjung unik dan kos per klik.

untuk yang mempunyai status glitterati (exclusive) kadar untuk kos per klik adalah 0.25manakala untuk yang ordinary (non exclusive) hanya 0.15 per klik. ada beza sangat kat situ.Ahli Glitterati Nuffnang akan memperolehi 20% - 40% lebih banyak pendapatan berbanding ahli biasa.

2. Terma Pembayaran

bila kita cash out duit kepada yang berstatus glitterati hanya mengambil masa 30 hari untuk mendapat cek daripada nuffnang yang ordinary mengambil masa 60 hari.

3. Peluang Advertorial

Sebelum ini, peluang kempen advertorial adalah terbuka kepada semua ahli Nuffnanger. Namun disebabkan permintaan yang tinggi dan demi untuk memendekkan senarai blogger yang layak, kini hanya ahli Nuffnang Glitterati yang boleh menyertai kempen advertorial.

4. Aktiviti Komuniti

Nuffnang sudah tidak asing lagi dalam menganjurkan aktiviti komuniti besar-besaran seperti tayangan wayang primier, perjumpaan makan tengahari dan banyak lagi. Dalam aktiviti sebegini, kami mendapati ramai ahli Nuffnanger yang ingin membawa tetamu bersama mereka dan kami juga turut cuba menuruti hasrat mereka dengan sebaik mungkin.

Kami memberikan kuota 70% tempat duduk di setiap aktiviti kami kepada ahli Glitterati Nuffnang serta tetamu mereka.*mendapat layanan yang istimewa*

5. Peraduan

memberikan prioriti kepada ahli Glitterati Nuffnang dengan kuota hadiah sebanyak 70% dan 30% selebihnya diberikan kepada ahli Nuffnanger yang lain.

6. Innit

apa plak innit ni? Innit merupakan laman web yang dibina dan diberikan oleh Nuffnang sebagai perkhidmatan tambahan untuk menarik bilangan trafik ke mana-mana blog yang berdaftar di bawah Nuffnang. Namun begitu, ia hanya di khaskan kepada ahli Glitterati Nuffnang demi mengelakkan trafik kepada mana-mana rangkaian pengiklanan pesaing kami secara tidak langsung.

sumber : Nuffnang

Menarik kan? hehehe....ok sampai sini ja post harini...semoga korang pun berjaya dapat status glitterati nuffnang!

Read More

Segmen Nabeel Fikree Mencari Bloglist #2

Nabeel Fikree sedang mencari bloglist untuk bulan Jun dan Julai iaitu pencarian bermula dari 26 Mei 2013 dan berakhir pada jam 11:59 malam 30 Mei 2013 nanti. 20 orang yang bertuah akan dimasukkan ke dalam bloglist Nabeel Fikree bermula 1 Jun nanti.

Syarat-syaratnya :
1. Follow blog NabeelStories.com.
2. Buat satu entri bertajuk Segmen Nabeel Fikree Mencari Bloglist #2
3. Sila copy code yang telah disediakan dan paste pada ruangan HTML entry
4. Tinggalkan link entry pada ENTRY INI sahaja

Harap segmen ni mendapat sambutan.

Jumlah peserta yang akan di pilih untuk masuk ke dalam bloglist bergantung kepada penyertaan anda.

Read More

Thursday, 16 May 2013

Tutorial Pasang Incoming Search Terms Di Blogger

Assalamualaikum dan salam sejahtera.Hari ini aku nak share satu benda yang menarik iaitu cara nak pasang widget Incoming Search Terms di blogger/blogspot.

Untuk pengetahuan korang widget Incoming Search Terms ni sangat baik untuk SEO blog kita kerana fungsi widget ni adalah untuk memaparkan keywords yang berkaitan dengan post kita.
Tetapi widget Incoming Search Terms ni hanya terdapat di Wordpress saja dan dikenali sebagai Search Terms Tagging 2 (STT2) .

Tapi jangan risau harini aku akan ajar korang macam mana nak buat di blogger/blogspot!

Widget Incoming Search Terms Di blog ni

1. Mula-mula korang masuk Dashboard blog korang dah buat post baru. Post lah apa2 pun yang korang nak.

2. Sekarang korang kena klik tab HTML dan paste code dibawah di bawah sekali selepas post korang tu.

Incoming Search Terms :

Keywords Korang

Keywords Korang

Keywords Korang

Keywords Korang

Keywords Korang

Keywords Korang

3. Kemudian korang edit perkataan Keywords Korang kepada keyword yang korang nak.pastikan keyword tu sama dengan keyword post korang tu lah.
Nak cari keyword disini : Google's Keyword Tool

Korang boleh letak banyak mana pun keywords tapi jangan banyak sangat sebab google akan kata spam keywords.

Rujuk gambar :

Dah paste code incoming search terms dan siap masukkan keywords

4. Akhir sekali click Publish!

note: jangan click tab Compose balik kalau tak nanti tunggang langgang post korang.

note2: Code Incoming Search Terms ni korang kena paste waktu dah habis tulis,edit post.kiranya waktu dah korang confirm nak publish.

Siap dah! senang je kan? tapi korang kena letak code tu setiap kali korang buat post lah.Aku dah try letak dalam Post Template dekat Settings > Posts and comments tapi bila tulis post baru post tu jadi caca marba hahahaha >.<

Kalau korang ada cara lagi senang nak pasang widget ni share2 lah ya :D
Assalamualaikum...

Read More

Wednesday, 15 May 2013

Fungsi dan Kepentingan Google Plus untuk Blogger

Assalamualaikum dan salam sejahtera hari ini aku nak bincang tentang kepentingan dan fungsi google plus untuk blogger dan SEO.
Ok jom baca!

Google plus adalah sebuah social media yang dikembangkan oleh Google sebagai search engine terbesar didunia . Google berencana untuk menyaingi facebook dalam hal social media, untuk meluruskan aksinya google mulai menarik para webmaster untuk memperkenalkan produknya .

Fungsi Google plus selain sebagai social media juga berfungsi memperbaik SEO sebuah blog / website . Ini adalah salah satu teknik google untuk menarik minat orang banyak .

1.Google Plus Meningkatkan Minat Pengunjung Blog Dengan Rich Snippet

Dengan Rich Snippet maka pengunjung akan tertarik untuk memilih website kita apalagi jika rich snippet anda lebih menarik dari pada blog lain . Dengan rich snippet juga kita dapat memperluas Space pencarian blog kita .

2. Author Rich Snippet Membantu Meningkatkan SERP

The identity of individual agents responsible for content can be used to influence search ratings. The identity of agents can be reliably associated with contentAssuming that a given agent has a high reputational score, representing an established reputation for authoring valuable content, then additional content authored and signed by that agent will be promoted relative to unsigned content or content from less reputable agents in search results

Para webmaster berpendapat bahwa Author G+ dapat membantu meningkatkan posisi SERP sebuah website , apalagi jika Author Rank yang kita miliki bagus tentunya posisi SERP juga akan lebih bagus . Selain itu author ini mulai dipertimbangkan google sebagai penentu posisi webiste kita disearch engine . karena google kini lebih mengedepankan Author karena pengkuan sosial lebih kuat dari pada Google Pagerank.

3.Google Plus Dapat Meningkatkan Kredibiliti

Perhatikan gambar diatas, pada kotak biru terlihat jumlah Circle yang dimiliki seseorang tersebut . Circle yang ia miliki lumayan banyak dan tentunya akan meningkatkan kepercayaan visitor .
Kredibilitas pengunjung sangat diperlukan untuk sebuah websiter atau blog , apalagu jika anda memiliki website marketing tentunya Kredibilitas pengunjung sangat diperlukan .

4.Link Yang Diberikan Google Plus Dofollow

Sangat jarang kita temukan Social media besar memberikan Link keluar yang dofollow , tentunya link dofollow yang diberikan google plus akan membantu website kita untuk meningkatkan SEO. Website / blog yang memiliki link dofollow yang banyak tentunya akan disukai search engine. Tapi mencari link dofollow tidaklah mudah . Kini google plus memberikan apa yang dicari oleh para webmaster .

Jom lah kita sama-sama guna Google Plus untuk SEO dan SERP blog kita!

Kalau korang perasan aku dah link-kan blog ni dengan Google Plus aku hehe :D

Google Plus aku : https://plus.google.com/106312536517626663206

Add la ke Circle korang kalau sudi, aku akan add korang balik :D

Itu saja semoga bermanfaat!

Sumber : BlogLuxie

Read More

Segmen: Tingkatkan follower ke-xxxxx by N.A.D.I.A

Assalamualaikum~
Halooo hari ni aku nak join Segmen!

Jom lah join ajak kawan2 blogger yang lain ahaha! Nak join? klik banner comel kat atas :D

Followers terkini : 157 Followers Comel

Read More

Saturday, 11 May 2013

Convert Video Youtube Kepada Gambar Animated Gif

Assalamualaikum dan salam sejahtera.Entry hari ni aku nak share satu trick yang sangat best.Aku jumpa trick ni dekat laman JomPHP.

Ok trick adalah untuk tukarkan atau convert VIDEO di youtube kepada Gambar Animated GIF. Tak tahu gambar animated tu apa? Gambar animated ni adalah gambar animasi berformat .gif yang bergerak2 dengan durasi yang pendek.Selalunya digunakan di forum dan blog.

Ok jom kita convert!

1. Mula-mula search video yang korang nak di youtube.pastikan video tu durasi dia mesti kurang dari 10 minit.

2. Kemudian masuk ke website Youtube to Gif .

3. Copy link video youtube korang tadi dan letak ke dalam kotak Youtube Link di dalam laman web Youtube to Gif tadi.

Kemudian korang boleh set berapa durasi yang korang nak untuk animated korang tu dengan menggerakkan slider Start Time dan End Time.
Dan korang juga boleh ubah GIF Size untuk kecilkan size gambar animated tu.

Rujuk gambar :

Selepas tu tekan Create!
Siap!

Hasil yang aku dapat :

note: kalau gambar korang terlalu besar, gambar korang tu tak akan dapat di-upload ke imgur.Tetapi gambar korang akan kekal untul 5 minit di laman web tu.Korang boleh save gambar animated korang tu dan upload ke tempat lain.

link untuk sesiapa yang berminat dengan animated gif iron man diatas  : Animated Gif Iron Man 3

Read More

Sunday, 21 April 2013

Tempahan Ruang Iklan! Murah Giler!

Assalamualaikum....hari ni aku nak buat tempahan ruang iklan!
Iklan yang ditempah aku akan letak banner blog dia di bahagian homepage dan di atas.

Korang boleh iklankan :
- Blog dan Website
- Produk

- Page Facebook

Banner korang juga akan STICKY untuk berapa bulan yang korang mahu ( tertakluk kepada pakej ).

Jom usha statistic dan SEO blog ni.
Tak lah gempak tapi kalau ada yang sudi nak tempah sangat dihargai :D

Blogger Stats

Audiences

Total Page Views

Google Page Rank
Google Webmaster Statistics
Tapak Iklan!

Berikut harga pakej pengiklanan :

Pakej banner 125x125 :
1 Bulan : RM10
2 Bulan : RM20
4 Bulan : RM30 ( Special)

Pakej banner  728x60 (TERHAD) :
1 Bulan : RM20
2 Bulan : RM40
3 Bulan : RM50 (Special)

*Boleh guna Banner sendiri atau boleh juga request design banner :)

Kaedah pembayaran : Bank Transfer (CIMB) dan CIMB Online.
Tempahan Terhad! Jangan lepas kan peluang!

Berminat? Hubungi facebook ,page atau email untuk maklumat lanjut :

Facebook : Afif Zafri

Page : H4ppy H4cking With Rea_pErz
Email : hackreaperz@gmail.com
Read More

Thursday, 14 March 2013

Reaperz.NET Shell Archive

Assalamualaikum dan salam sejahtera.Hari ni aku nak share satu website yang aku baru buat kelmarin.Iaitu website Shell Archive.

Web ni aku buat untuk letak shell-shell asp dan php.Jadi senang lah korang nak cari shell apa2....cari satu tempat je :D

Dalam web ni ada PHP dan ASP Shell.
Yang sepesialnya selain korang boleh copy paste shell2 ni, korang jugak boleh guna direct untuk RFI :P
Aku akan update dari masa ke semasa bila ada shell baru.Kalau korang ada shell yang tak ada dalam web ni korang boleh PM aku suruh tambah hehe ^.^

Ok jom terjah!

Read More

Friday, 8 March 2013

Web Hosting Termurah Di Pasaran!

WEB HOSTING TERMURAH BANYAK FUNGSI

Assalamualaikum dan salam sejahtera, dah lama tak post entry.Sebenarnya aku pun dalam minggu exam ni haha tapi demi reader setia aku tulis jugak :D

Ok entry hari ini aku nak share satu web hosting malaysia yang sangat murah dan terbaik iaitu KacangHost.com
Hosting ni baru ditubuhkan pada 6 Mac 2013 oleh seorang belia Malaysia iaitu Akif Rabbani.

Hosting ini menawarkan pelbagai tawaran dan feature yang menarik iaitu :

- RM6/bulan untuk 2GB Hosting

- Hanya tambah RM40 untuk SSL
- Dedicated IP untuk RM5/bulan
- Domain .MY RM40
- Game Server - Coming SOON!
- Staff Support 24/7 setia ada untuk membantu

Hosting yang disediakan jugak tersedia akan dengan cPanel dan Softaculous.

Untuk sebarang pertanyaan boleh lah emailkan ke support@kacanghost.com atau follow twitter @KacangHost.

KacangHost jugak dikatakan akan menambah pelbagai tawaran dan feature yang menarik pada masa yang akan datang.
Jadi tunggu apa lagi Daftar Sekarang!

Read More

Thursday, 27 December 2012

Senarai Laman Web Pengiklanan Percuma

iklan percuma

Assalamualaikum dan salam sejahtera.Entry hari ini aku nak kongsikan senarai laman web pengiklanan percuma.

Untuk apa laman web ni? Laman2 web ni adalah tempat untuk korang letak iklan korang.Sangat sesuai untuk yang berbisnes.nak letak blog pun bole hehe.Yang paling penting PERCUMA!Free Of Charge!

Ada yang kena register untuk meletak iklan, dan ada jugak yang tak perlu register.tapi jangan risau tetap PERCUMA.

Baiklah malas nak tulis2 panjang dan korang pun mesti dah tak sabar, enjoy senarai laman iklan percuma.

SENARAI WEBSITE IKLAN PERCUMA

01. http://www.iklanfree.com
02. http://www.iklanpercuma.com
03. http://www.iklan4all.com
04. http://www.bincangniaga.com
05. http://www.freeiklan.com
06. http://e-iklan.net
07. http://www.iklansesamainsan.com
08. http://iklancafe.com
09. http://www.caribiz.net
10. http://www.iklan-percuma.info
11. http://iklan-percuma.ning.com
12. http://hotiklan.com
13. http://fotogempak.blogspot.com
14. http://www.cari.com.my
15. http://www.lamaniklan.com
16. http://rakaniaga.net
17. http://www.iklanportal.net
18. http://iklanpercuma.org
19. http://www.freeiklanpercuma.com
20. http://www.jomiklan2u.com
21. http://www.iklansegera.com
22. http://peng-u.com
23. http://iklan-tunai.com
24. http://mudah2u.ning.com
25. http://www.sepaku.net
26. http://www.iklanharian2u.com
27. http://jomiklanpercuma.blogspot.com
28. http://www.kreatifads.com
29. http://www.webportal.com.my
30. http://www.iklanfree2u.com
31. http://kelabbisnesonline.ning.com
32. http://sesamainsan2u.ning.com
33. http://www.iklanxpress.com
34. http://www.iklanpower4u.com
35. http://iklanbiz-free.ning.com
36. http://www.iklanlink.com
37. http://free-ni.blogspot.com
38. http://iklanpercuma-freeads.blogspot.com
39. http://www.iklancenter.com
40. http://ruangiklan.com
41. http://mylaa.com.my
42. http://www.iklan-malaysia.com
43. http://www.iklanutama.com
44. http://www.iklan101.com
45. http://www.freeads.com.my
46. http://duit-iklan.blogspot.com
47. http://hantariklan.blogspot.com
48. http://iklanselambe.blogspot.com
49. http://iklan1minit.blogspot.com
50. http://iklan1malaysia.blogspot.com
51. http://pengiklanmalaysia.ning.com
52. http://iklanhangat.blogspot.com
53. http://www.koleksipercuma.com
54. http://www.kelabbisnesonline.com
55. http://iklanpasangsiap.blogspot.com
56. http://bizteam.ning.com
57. http://www.chowkit.com
58. http://www.iklan.com.my
59. http://pengiklananmalaysia.blogspot.com
60. http://www.iklanmalaysia.net

61. http://ads.den.my/
Read More

Wednesday, 5 December 2012

Dapatkan Trafik Percuma Dengan GilaPing.Com!

Assalamualaikum dan salam sejahtera.Entry kali ini aku share cara mendapatkan trafik percuma dengan GilaPing.Trafik PERCUMA?Siapa tak nak!

GilaPing.com adalah website ping aggregator terlaris di pasaran sekarang.Apa yang menariknya GilaPing di bangunkan oleh rakyat Malaysia dan mempunyai ribuan pengguna setiap hari!
Cara menggunakannya juga sangat senang bak kata mat saleh " user friendly"
GilaPing bukan saja untuk pengguna blogger tetapi jugak untuk pengguna wordpress.
Untuk pengetahuan korang selain menyediakan perkhidmatan ping aggregator yang superb, post yang korang submit juga akan di blast ke pages facebook yang mempunyai beribu dan berjuta likes!
Super AWESOME!

Maklumat Tentang GilaPing.com :

Tarikh Ditubuhkan  :  19 Oktober 2012
Founder                   :  Syakila Daniel
Alexa Rank             :  716 dalam Malaysia (Website baru 2 bulan)

Korang tak percaya?
Jom tengok trafik yang aku dapat :

Amacam?

Korang mesti dah tak sabar nak guna kan? Apa lagi register sekarang! 100% FREE. Ya! ini kenyataan dan bukan mimpi!

>>> GilaPing.com <<<

Cara nak register dan dapatkan trafik percuma :

Register

Mula-mula sekali buka GilaPing.com.
Kemudian rujuk gambar dibawah :

Kemudian akan keluar popup seperti gambar dibawah :

Selepas click tu sila allow semua application request dan SIAP!
semudah 1,2,3 untuk register.

Dapatkan Widget GilaPing

Selepas selesai register,sekarang masa untuk ambil code widget.
Sebelum tu, apa guna widget ni?

Widget inilah yang paling penting sebab widget ini memainkan peranan yang penting untuk exchange traffic.Post korang akan keluar di blog lain yang menggunakan widget GilaPing.Automatik trafik akan masuk!

Ok click Widget Kongsi Trafik atau click sini : http://gilaping.com/widgetcode.php

Kemudian akan keluar popup seperti dibawah :

Terdapat 3 jenis widget iaitu mini, menegak dan melintang.
Pilih lah ikut cita rasa korang.
Untuk memasangnya masuk Dashboard > Layout > Add Widget > HTML/Script. Paste code di dalam kotak.

Perhatian!
Widget hendaklah dipasang di bahagian yang senang nampak.Jangan sembunyi widget kalau tak trafik korang pun akan sembunyi la :P

Cara Ping Entry

Baiklah selepas dah pasang widget, sekarang masa untuk ping artikel dan tunggu trafik masuk!
Mula-mula click Post Baru.
Rujuk gambar :

Kemudian akan keluar popup seperti dalam gambar :

Letak link entry dan tekan ping.
Selepas itu akan keluar pulak macam dibawah :

GilaPing akan auto detect title dan description.Tetapi korang boleh la edit kalau korang mau.kemudian pilih kategori yang sesuai bagi entry korang itu.
Selepas tu click Submit Artikel.

Kemudian akan keluar seperti dalam gambar :

Selesai! sekarang cuma perlu goyang kaki dan tunggu traffik meroket haha >.<

Ada lagi feature menarik iaitu Blog Pilihan dan Top Referral.
Blog pilihan diambil kira blog yang buat tutorial dan review gila ping.(lepas ping ni terus buat review tau hehe)
Top referral pula diambil kira pelawat dari blog korang yang datang ke gilaping.

agak2 ada tak blog aku?hmmm

Baiklah itu saja cara nak dapatkan trafik percuma.Mudah kan?

Tunggu apa lagi cepat pergi register!
Jangan lupa LIKE page GilaPing.com jugak >>> Page GilaPing.com

Sekian Assalamualaikum....

Read More

Popular Posts

© 2011 - Reaperz All rights reserved | Theme Designed by Seo Blogger Templates DMCA.com