Showing posts with label Gambar. Show all posts
Showing posts with label Gambar. Show all posts

Sunday, 14 September 2014

Ciri-Ciri Menarik Windows 9 Bocor!


Assalamualaikum dan salam sejahtera. Minggu ini sangat menarik kerana terdapat banyak maklumat berkenaan Windows 9 yang bocor di internet. 
Windows 9, sistem operasi keluaran syarikat gergasi yang tidak lagi asing pada pengguna komputer, iaitu Microsoft

Jika sebelum ini Microsoft tampil dengan Windows 8, kini syarikat itu akan memperkenalkan sistem operasi terbaru mereka iaitu Windows 9.
Tetapi, berita terbaru mengatakan Windows versi seterusnya ini tidak akan mengunakan nama "Windows 9", tetapi hanya "Windows".

Windows 9 dijangka akan dilepaskan pada tahun 2015.

Baiklah jom kita lihat feature menarik Windows 9 yang telah bocor di internet. Sumber berita diambil dari WinFuture.

Windows Store



Jika dilihat di dalam screenshot diatas, apabila apps Windows Store dibuka dalam window mode, terdapat satu icon baru di bahagian kiri atas. Apabila icon itu di klik, ia akan memaparkan senarai fungsi seperti Search, Share, Play, Project dan Setting. Menu ini juga membolehkan pengguna untuk menukar apps ke fullscreen.

Desktop Taskbar



Microsoft juga telah menambah beberapa butang baru di bahagian taskbar, iaitu di sebelah kiri terdapat butang search dan diikuti dengan butang untuk bertukar ke desktop yang lain. Fungsi ini diberi nama "virtual desktop" yang mana akan membolehkan pengguna untuk bertukar ke beberapa desktop yang lain. Fungsi ini sama seperti yang terdapat di dalam Linux Ubuntu, dikenali sebagai "Workspaces".

Di bahagian kanan taskbar pula terdapat satu butang notification yang baru, yang akan memaparkan "pop-up" mesej dari Windows Store apabila ditekan.

Start Menu

Windows 9 juga dikatakan hadir dengan Start Menu yang baru, mengantikan Start Menu yang terdapat di dalam Windows 8.
Berikut merupakan video demonstrasi Start Menu yang baru.





Virtual Desktop

Video fungsi terbaru yang hangat diperkatakan, "Virtual Dekstop".




Jika dilihat didalam video, Virtual Desktop dapat digunakan apabila butang virtual desktop ditekan. Butang ini terdapat pada taskbar.Fungsi "Virtual Desktop" ini telah lama diguna pakai di dalam sistem operasi Linux dan OS X.

Ok itu saja yang dapat dikongsikan. Sama-sama kita nantikan Windows 9.




Read More

Monday, 1 September 2014

7 Tips & Trick Smartphone Photography


Assalamualaikum dan salam sejahtera. zaman sekarang ni kebanyakan orang mesti akan ada smartphone. Smartphone terkenal dengan kecangihan hardware dan software nya. 
Selain itu, fungsi kegemaran orang ramai ialah camera yang canggih.

Siapa kata dengan smartphone, tak boleh tangkap gambar setaraf dengan DSLR? haaa jom tengok video ni, 7 trick ambil gambar guna smartphone. DSLR pun boleh kalah! 

Layan~







Read More

Monday, 12 May 2014

Rasai Dunia dari Lensa Instagram dengan TENS



Zaman sekarang ni Instagram dah jadi satu fenomena dalam kalangan pengguna laman sosial. Gambar-gambar yang dimuat naik ke Instagram selalunya lebih cantik dari gambar asal, ini kerana penggunakan filter yang disediakan.
Jadi kan best kalau apa yang kita tengok semuanya cantik macam gambar Instagram?

TENS ialah cermin mata hitam yang membolehkan korang melihat dunia seolah-olah ianya gambar yang menggunakan filter Instagram.

Dengan TENS, permandangan akan menjadi lebih menarik dengan warna yang terang atau "vivid" berbeza dengan cermin mata hitam sedia ada yang membuatkan permandangan menjadi agak suram. dibawah adalah gambar perbezaan antara kaca mata hitam yang biasa dan kaca mata TENS.




Sepasang cermin mata TENS dijual pada harga $60 USD dengan empat pilihan warna yang boleh dipilih iaitu black, navy. deep red, teal. TENS boleh dibeli menerusi laman web IndiGogo .

Cermin mata TENS ini dilengkapi dengan perlindungan UV400, menghalang 100% sinaran berbahaya.Ia diperbuat dari CR-39 plastic polymer dan tahan calar.








Read More

Wednesday, 12 March 2014

[VIDEO] Aksi Raja Bomoh Mencari MH370!

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Masuk hari ini dah 5 hari pesawat MH370 hilang dan gagal dikesan. Peristiwa ini telah menjadi detik hitam buat seluruh Malaysia.


Terkini heboh di laman sosial media dengan kelakuan seorang bomoh yang bernama Ibrahim Mat Zain. Beliau digelar  Raja Bomoh Sedunia Nujum VIP dan terkenal apabila beliau dikatakan berjaya mematahkan ilmu hitam Mona Fendi.

Dalam video ini, dia bersama-sama dengan pasukanya dilihat sedang mengadakan satu "ritual" untuk mecari MH370.

Korang tengok dah nilailah sendiri. Enjoy..






BONUS! (credit to Ketum FC) :


Read More

Friday, 28 June 2013

Evolusi Paparan Home Screen iOS


Baru-baru ini Apple baru saja melancarkan iOS terbaru mereka iaitu iOS 7 . Dengan pelancaran ini lengkaplah 7 generasi iOS.

iOS kini telah mengalami perubahan dan evolusi dari segi UI dan fungsi melalui 7 keluaran ini. 


Jadi hari ini aku nak kongsikan dengan korang perubahan atau evolusi yang telah terjadi kepada iOS.


Click untuk tumbesaran


Read More

Wednesday, 26 June 2013

Tutorial Letak Gambar Background Pada Folder Windows 7


Assalamualaikum dan salam sejahtera.Hari ini aku nak ajar cara nak set gambar background pada folder dan drive (pendrive ,hdd, ext hdd, dll....) . 

Dalam tutorial ini aku akan ajarkan cara nak guna background pada folder dengan software percuma iaitu Windows 7 Folder Background Changer (W7FBC) oleh TheWindowsClub.

Ok jom mula.

1. Mula-mula korang download software W7FBC : 



download file

2. Selepas tu buka software tersebut.



Selepas itu tekan pada Browse dan cari folder yang korang nak letak gambar background. Dalam tuto ni aku akan letak background pada folder shortcut game aku.



3. Selepas itu dalam software tadi korang click pada "Change Background Image". Pilih gambar yang korang nak dan open.



Selepas itu korang boleh la setting. 

note: kalau nak gambar jadi cukup2 muat, korang kena edit gambar tu dan resize.kalau gambar besar nanti jadi overlap.

Text Color : untuk menukar warna tulisan.
Show Shadow Under Text : memaparkan "bayang" pada tulisan.
Apply To Sub Folders : Untuk menggunakan background yang sama pada semua sub folder.

4. Selepas itu korang tutup software tu dan folder tadi.Kemudian buka balik folder yang korang letak background tu.




Tadaaaaa!
Ok siap!

Seterusnya kalau korang nak buang background tu korang click ja Remove Background Image di dalam software tu.Ataupun delete terus file desktop.ini dalam folder tu.


Read More

Tuesday, 18 June 2013

Evolusi Logo Superman Sepanjang 75 Tahun


Baru-baru ini filem terbaru Superman iaitu Man Of Steel .Siapa yang tak kenal kan adiwira dari Planet Krypton ni.Untuk pengetahuan korang, Superman telah wujud lebih 75 Tahun!

Dalam tempoh masa ini lambang atau logo "S" di dada Superman telah mengalami transformasi dan evolusi. Terdapat belbagai reka bentuk logo Superman.Nak tahu? 


Jom layan infografik oleh Kate Willaert yang aku sediakan dibawah.






Read More

Wednesday, 12 June 2013

Sembunyikan Fail Dalam Gambar Dengan Steganography


Assalamualaikum dan salam sejahtera.Hari ini aku nak share cara nak sembunyikan fail dalam gambar.
Kaedah ni lebih dikenali dengan nama Steganography.


Apa itu Steganography?

Steganography ni secara mudahnya ialah satu cara untuk menyampaikan mesej tersembunyi perkataan Steganography berasal dari perkataan greek iaitu 'steganos' dan 'graphein' iaitu bermaksud "diselubungi" dan "tulisan". Secara ringkasnya Steganography ialah "tulisan yang disembunyikan".

Dalam tutorial ni aku akan ajar cara nak sembunyikan fail ke dalam gambar atau steganography dengan cara MANUAL. Kalau korang rajin google memang banyak software untuk buat steganography ni.Tapi untuk lebih paham tentang steganography ni jom try cara manual.

Baiklah jom!

Apa yang diperlukan :

- Gambar apa-apa saja (dalam tuto ni aku guna format .jpg)
- file yang nak disembunyikan
- WinRAR (kalau tak ada DOWNLOAD)

- CMD (dah siap ada dalam Windows. Start > Accessories > Command Prompt)
- Otak

1. Baiklah mula-mula korang buat satu folder baru.
Sebagai contoh untuk tutorial ni aku akan namakan folder reaperz.


2. Kemudian copy dan paste gambar yang korang nak ke dalam folder reaperz .rename gambar tu jadi apa-apa. 
Dalam tutorial ni aku akan rename jadi rahsia.jpg.

note: jangan ubah format/extension gambar!

3. Buat folder baru di dalam folder reaperz tadi. Rename folder baru tu jadi rahsia.

Sekarang korang kena copy dan paste fail yang korang nak sembunyi ke dalam folder rahsia .

4. Lepas tu korang right click pada folder rahsia dan "Add to rahsia.rar" .

note : rahsia.rar ni akan jadi fail yang korang akan masukkan ke dalam gambar tu.



5. Sekarang korang kena buat satu file cmd. Buka notepad dan copy dan paste code dibawah :

@echo off
copy /b IDM.jpg+IDM.rar Mr.Hac.jpg
echo complete
pause
end


Save ke dalam folder reaperz.
Save sebagai all files dan file name sembunyi.cmd



6. Sekarang folder korang akan ada macam dalam gambar :




rahsia.rar adalah fail yang korang nak sembunyikan ke dalam gambar. reaperz.jpg adalah gambar asal.sembunyi.cmd adalah fail untuk melakukan proses steganography kita.

7. Sekarang korang cuma perlu klik pada sembunyi.cmd dan akan keluar CMD. kemudian satu gambar baru berjaya.jpg akan muncul. Gambar ini adalah hasil daripada gabungan fail ke dalam gambar.



8. Untuk membuka fail yang kita sembunyi dalam gambar tu, right click pada berjaya.jpg dan "Open With : WinRAR Archiver"


9. Korang juga boleh rename file berjaya.jpg kepada berjaya.rar.
kemudian right click dan extract macam biasa :)

Itu saja untuk tutorial kali ini.kalau tak faham boleh komen di bawah.Korang juga boleh try google software steganography ni.ada juga yang Online.
Ok selamat berjaya!

Sumber : OMG!Hackers?


Read More

Saturday, 11 May 2013

Convert Video Youtube Kepada Gambar Animated Gif


Assalamualaikum dan salam sejahtera.Entry hari ni aku nak share satu trick yang sangat best.Aku jumpa trick ni dekat laman JomPHP

Ok trick adalah untuk tukarkan atau convert VIDEO di youtube kepada Gambar Animated GIF. Tak tahu gambar animated tu apa? Gambar animated ni adalah gambar animasi berformat .gif yang bergerak2 dengan durasi yang pendek.Selalunya digunakan di forum dan blog.

Ok jom kita convert!

1. Mula-mula search video yang korang nak di youtube.pastikan video tu durasi dia mesti kurang dari 10 minit.

2. Kemudian masuk ke website Youtube to Gif .

3. Copy link video youtube korang tadi dan letak ke dalam kotak Youtube Link di dalam laman web Youtube to Gif tadi.


Kemudian korang boleh set berapa durasi yang korang nak untuk animated korang tu dengan menggerakkan slider Start Time dan End Time.
Dan korang juga boleh ubah GIF Size untuk kecilkan size gambar animated tu.

Rujuk gambar :




Selepas tu tekan Create!
Siap!


Hasil yang aku dapat :



note: kalau gambar korang terlalu besar, gambar korang tu tak akan dapat di-upload ke imgur.Tetapi gambar korang akan kekal untul 5 minit di laman web tu.Korang boleh save gambar animated korang tu dan upload ke tempat lain.

link untuk sesiapa yang berminat dengan animated gif iron man diatas  : Animated Gif Iron Man 3


Read More

Monday, 10 December 2012

Koleksi Jawapan Pelajar Yang Terbaik

Lawak - Koleksi Jawapan Pelajar Terbaik
Pernah tak dalam exam, bila korang stress dan tak tau nak jawab apa korang main hentam jawab saja?Kadang2 tu siap ada yang mengarut dan lari dari soalan kan?hahaha ok jom kita tengok koleksi jawapan pelajar yang terbaik!















Sumber : Aku Stress Giler
Read More

Popular Posts

© 2011 - Reaperz All rights reserved | Theme Designed by Seo Blogger Templates DMCA.com