Showing posts with label Menarik. Show all posts
Showing posts with label Menarik. Show all posts

Wednesday, 3 June 2015

6 Ciri Terbaru Android M Yang Menarik


Syarikat laman web carian no 1 dunia, Google, baru saja melancarkan Android M di acara Google I/O 2015 di San Francisco.

Android terkenal sebagai sistem operasi (OS) telefon pintar dan juga merupakan pesaing terbesar Apple iOS.

Sebelum ini, Android tampil dengan Android 5.0 Lollipop.

Android M? Adakah Macaroon? Muffin?Marshmallow? 
Setakat ini belum ada lagi nama rasmi, dan hanya dipanggil "Android M".
Google juga turut memperkenalkan ciri-ciri menarik yang akan dilengkapi oleh Android M. 

Jom tengok 6 ciri terhebat Android M.

1. Fingerprint Reader Support

Pengimbas cap jari (fingerprint scanner) untuk telefon pintar sebelum ni diperkenalkan dengan pelancaran telefon pintar keluaran Apple, iPhone 5s. Kini pengeluar-pengeluar telefon pintar jenama lain turut menggunakan teknologi ini untuk telefon keluaran mereka.


Oleh itu, Google sertakan sokongan pengimbas cap jari di dalam Android M untuk kegunaan telefon pintar yang mempunyai pengimbas cap jari.

Dengan adanya pengimbas cap jari, pengguna Android tidak lagi perlu menggunakan username dan password untuk membuka telefon sebaliknya hanya mengimbas cap jari saja.

2. Android Pay

Android Pay adalah fungsi baharu yang membenarkan pengguna membeli dan berbelanja wang dengan menggunakan telefon pintar mereka, melalui aplikasi tertentu. Fungsi ini sebelum ini juga diperkenalkan oleh Apple, iaitu ApplePay.



Android Pay bukan saja membolehkan pengguna membeli barangan atas talian sahaja, tetapi juga boleh membeli di kedai sebenar. Google membenarkan pembangun aplikasi untuk membangunkan aplikasi yang membolehkan pengguna membeli dan membayar barangan di kedai sebenar. 

Sebagai contoh, apabila pengguna ke kedai makan yang mempunyai aplikasi Android Pay, untuk membayar makanan, pengguna hanya perlu membayar melalui aplikasi Android Pay sahaja tanpa perlu menggunakan wang ringgit sebenar.

3. Power and Charging

Android M turut menawarkan peningkatan kepada jangka hayat bateri telefon pintar pengguna dengan fungsi terbaru yang dinamakan Doze.


Doze berfungsi dengan cara menggunakan sensor telefon pintar pengguna untuk mengesan berapa lama penguna membiarkan telefon pintar tanpa menggunakanya. 
Jika pengguna tidak menggunakan telefon untuk seketika, Doze secara automatik akan mematikan dan mengurangkan kuasa pemprosesan telefon tersebut. Ini secara tidak langsung dapat mengurangkan penggunaan bateri telefon, dan dapat memanjangkan jangka hayat bateri.

Google berkata, jangka hayat bateri akan bertambah sebanyak 2 kali ganda semasa di dalam mode standby.

Apabila pengguna mengangkat atau menggerakkan telefon, Doze secara automatik akan mengembalikan kuasa pemprosesan kepada telefon.

4. App Permissions

Dalam versi Android sebelum ini, jika pengguna ingin memuat turun aplikasi dari Google Play, pengguna perlu sentiasa membenarkan aplikasi tersebut. 



Kebanyakan masanya, pengguna tidak membaca kebenaran aplikasi ini, sebaliknya hanya menekan approve sahaja.

Dengan Android M, Google membuatkan app permissions lebih senang untuk difahami. Jika sebelum ini pengguna perlu membenarkan aplikasi ketika henda memasangnya, kini pengguna perlu membenarkan aplikasi hanya ketika hendak menggunakan sesuatu fungsi di dalam aplikasi tersebut.

Sebagai contoh, apabila pengguna henda menggunakan "Whatsapp voice note" untuk pertama kali, Android M akan bertanyakan kebenaran aplikasi untuk menggunakan Microphone.

5. App Links

Salah satu fungsi yang membebankan pengguna Android sebelum ini adalah apabila Android sentiasa bertanya aplikasi manakan yang pengguna nak gunakan untuk membuka pautan laman web.


Sebagai contoh, jika pengguna menekan pautan laman web Twitter, Android akan bertanya sama ada hendak membuka pautan itu melalui aplikasi Twitter atau Chrome. 
Sudah tentulah pengguna henda membukanya dengan aplikasi Twitter.
Android sebelum ini tidak dapat memahami perkara ini.

Dengan fungsi terbaru Android M, tiada lagi masalah itu,
Google mengatakan yang Android M dapat memahami jenis pautan dan aplikasi manakah yang akan digunakan.

Fungsi ini membenarkan pengguna menggunakan telefon Android dengan lebih senang dan pantas.

6. Chrome Custom Tabs

Sebelum ini, jika pengguna menekan pautan di dalam sesuatu aplikasi, Android akan membuka Chrome untuk melayari pautan tersebut. Ini sangat membebankan kerana pengguna kini membuka 2 aplikasi. Dan pengguna perlu menukar aplikasi jika hendak kembali ke aplikasi sebelum ini dan mungkin perlu log masuk kembali.


Fungsi terbaru Android M iaitu Chrome Custom Tabs akan membolehkan sesuatu aplikasi itu membuka tabs sendiri tanpa perlu membuka aplikasi Chrome. Dan pengguna jugak tidak perlu lagi log masuk semula ke dalam laman web.

Fungsi ini tidaklah sehebat mana tetapi secara tidak langsung dapat meningkatkan penggunaan aplikasi


Baiklah itu saja 6 ciri terbaik Android M yang dapat dikongsikan. 
Sama-sama lah kita tunggu Android M.


Rujukan







Read More

Tuesday, 2 June 2015

Steam Summer Sales Bermula 11 Jun


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Baru-baru ini tarikh Steam Sales untuk tahun 2015 dikatakan bocor di laman sebuah web sosial Rusia,VKontakte, yang mengatakan Steam Sales pada tahun ini akan berlangsung bermula 11 Jun hingga 20 Jun.

Bagi sesiapa yang tidak mengetahui tentang Steam Sales, Steam Sales adalah waktu dimana laman web dan servis permainan video keluaran Valve, iaitu Steam akan mengadakan jualan permainan video dengan diskaun sehingga 70-80%. Steam Sales sangat dinanti-nantikan oleh Gamers.

Steam Sales pada tahun ini dikatakan akan berlangsung dari 11 Jun hingga 20 Jun dan kemudiannya akan diikuti dengan jualan encore selama 2 hari, yang mana turut menampilkan jualan permainan video dengan diskaun hebat.

Untuk melihat tawaran sales dari steam, korang boleh melayari laman web SteamDB untuk melihat dan mencari permainan video yang mempunyai diskaun.




Jadi Gamers, sediakan duit secukupnya, selamat ber-shopping!







Read More

Monday, 1 June 2015

Windows 10 Akan Dilancarkan 29 Julai, Dapatkan Salinan Percuma Anda


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Sebelum ini Microsoft ada mengumumkan yang mereka akan melancarkan Sistem Operasi/Operating System (OS) mereka yang terbaru selepas Windows 8.1. Khabar angin mengatakan yang Windows terbaru ini akan diberi nama Windows 9 dan terdapat juga ciri-ciri Windows 9 yang bocor. Tapi yang sebenarnya ialah Windows 10. Ya 10 bukan 9. Tak tahu kenapa Windows skip no 9 LOL.

Microsoft mengumumkan bahawa Windows 10 akan dilancarkan pada 29 Julai 2015.

Anatara ciri menarik yang dinanti-nantikan oleh pengguna Windows terutamanya Gamers ialah versi terbaru DirectX iaitu DirectX 12.

Selain itu versi sistem operasi terbaru dari Microsoft ini juga turut mengemaskini antara muka antaranya seperti Start Menu asal yang mana tidak terdapat di dalam Windows 8.

Apa yang menariknya Microsoft juga mengeluarkan kenyataan bahawa semua pengguna Windows 7 dan Windows 8.1 akan mendapat update ke Windows 10 secara PERCUMA! Walaupun korang pakai Windows ehem.. pirate... korang tetap akan dapat update Windows 10. Tapi masih belum diketahui apa kesan jika pengguna Windows lanun upgrade ke Windows 10. Ada yang kata bila update, akan keluar notification "Windows not Genuine" dan ada yang kata sebaliknya. Buat masa sekarang belum ada lagi jawapan yang pasti, jadi kena tunggu bila Windows 10 dah dilancarkan baru kita tahu.


Microsoft juga mengumumkan yang Windows 10 akan diberikan PERCUMA kepada pengguna Windows sedia ada untuk tempoh setahun pertama. Apa yang dimaksudkan Microsoft ni, bila Windows 10 di-release, pada tahun pertama pengguna Windows dapat upgrade ke Windows 10 secara percuma dalam tahun tersebut. Selepas dah tamat setahun tu, pengguna Windows yang belum upgrade perlu membeli Windows 10.

Ohh mungkin ada yang keliru dengan kenyataan "percuma untuk setahun". Jangan risau, bagi pengguna yang telah upgrade ke Windows 10 dalam tempoh masa setahun tu, selepas setahun pun Windows 10 korang masih PERCUMA.

Bermula minggu ini rata-rata pengguna Windows 7 dan Windows 8.1 sama ada pengguna Original atau Lanun dah mula mendapat notification "Windows Update" yang mengatakan "Reserve Your Free Windows 10". 


Apa yang dimaksudkan ini adalah pengguna Windows dah boleh mula untuk mengambil bahagian untuk mendapatkan salinan percuma Windows 10.Kiranya macam korang ambil angka giliran la haha. 
Apabila Windows 10 dilancarkan nanti, Windows akan memuat turun update Windows 10 secara automatik. Pastikan korang enable "Automatic Update". 
Apabila Windows selesai memuat turun update, korang akan diberi pilihan sama ada untuk terus update ataupun untuk tunggu dahulu dan update pada waktu lain.

Selepas dah berjaya update, Windows 10 tu akan menjadi milik korang selamanya secara percuma.



Read More

Thursday, 20 November 2014

Tutorial Download Movie HD Dengan Smartphone Android

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Selalu kita download movie guna pc. torrent, youtube dll. Tapi hari ini aku nak ajar korang cara nak download movie HD dengan hanya guna phone android korang saja. 

Apa yang diperlukan :
1. Smartphone Android 4.0 keatas.
2. App ShowBox.
Download : Showbox.apk

Baiklah selepas dah download, install apps showbox.apk tu.
Lepas tu korang cuma perlu buka apps tu. Tunggu Showbox untuk loading list movie yang terbaru.

Cara nak download movie HD dengan Showbox :

1. Lepas korang buka apps showbox tu, korang akan nampak senarai movie yang terbaru. pilih movie mana yang korang nak dan tekan dekat poster movie tu.




2. Lepas tu akan keluar paparan baru. Sekarang korang boleh pilih sama ada nak download ada pun nak watch now iaitu streaming online. Kalau korang nak download, selalunya akan keluar 3 pilihan quality iaitu LOW, MEDIUM dan HIGH. Setiap quality saiz file berbeza. Pilih quality yang korang nak dan lepas tu tekan Download.



3. Lepas dah tekan Download, korang tekan My Library di atas apps tu. Dan tekan Downloads. Kat situ korang boleh tengok progress movie yang tengah download tu.



Ok tu saja. tunggu sampai movie dah habis download dan enjoy!
Kalau korang nak copy movie tu masuk pc, movie tu ada dalam folder Showbox di dalam memory phone korang.

tips : kalau kadang2 showbox ni dia tak update movie baru, korang masuk setting phone, tekan application setting, cari apps Showbox, dan tekan Clear Data. lepas tu masuk balik apps Showbox dan dia akan loading movie baru. ENJOY!

Showbox ni nak guna dekat PC pun boleh guna BlueStacks.
Nantikan tutorial yang menarik lagi!



Read More

Tuesday, 18 November 2014

Nokia N1 Klon iPad Mini?


Assalamualaikum dan salam sejahtera. Baru-baru ini syarikat gergasi Finland, Nokia telah memperkenalkan produk terbaru mereka iaitu sebuah tablet yang menggunakan sistem operasi Android iaitu Nokia N1.

Apa yang menariknya tablet keluaran Nokia ini kelihatan sangat familiar. Ya! tablet ini kelihatan seperti iPad Mini keluaran Apple.


N1 hadir dengan skrin paparan 7.9 inci berserta resolusi 2048 x 1536 sama seperti iPad Mini, dan turut mempunyai rangka aluminium sama seperti iPad Mini. Apa yang menariknya lagi, pembesar suara N1 juga hampir sama dengan iPad Mini dan kedudukan butang power dan volume juga sama seperti iPad Mini. Jadi adakan tablet N1 ini klon iPad Mini?

Nokia N1 akan menggunakan sistem operasi Android yang terbaru iaitu Android 5.0 Lollipop dan hadir dengan paparan yang tersendiri iaitu Z Launcher.


Tidak seperti iPad Mini, Nokia N1 akan hadir dengan kamera belakang 8 megapiksel dan kamera hadapan 5 megapiksel. (iPad Mini kamera belakang 5 megapiksel dan kamera hadapan 1.2 megapiksel)

Nokia N1 dikuasakan dengan processor Intel Atom Z3580 (Moorefield) quad-core 2.3GHz 64-bit.Ia juga dipadankan dengan GPU PowerVR G6430 iaitu sama seperti yang terdapat di dalam iPhone 5S dan iPad Mini 3.
RAM N1 adalah sebanyak 2GB, dan kapasiti memory dalam ialah 32GB dan akan menggunakan bateri berkapasiti 5300mAh.

Nokia N1 akan mula dilancarkan di pasaran China dengan harga serendah USD $249 (RM835).


NOKIA N1 VS TABLET RIVALS (WI-FI-ONLY MODELS)

Screen sizeResolutionWeightThicknessPrice
Nokia N17.9-inch2,048 x 1,536 (326ppi)318g6.9mmFrom $250
iPad Mini 37.87-inch2,048 x 1,536 (326ppi)331g7.5mmFrom $399
Kindle Fire HDX7-inch1,920 x 1,200 (323ppi)303g9mmFrom $179
Samsung Galaxy Tab 8.48.4-inch1,600 x 2,560 (360ppi)294g6.6mmFrom $399


sumber : 
CNETPhoneArenaYahoo



Read More

Sunday, 14 September 2014

Ciri-Ciri Menarik Windows 9 Bocor!


Assalamualaikum dan salam sejahtera. Minggu ini sangat menarik kerana terdapat banyak maklumat berkenaan Windows 9 yang bocor di internet. 
Windows 9, sistem operasi keluaran syarikat gergasi yang tidak lagi asing pada pengguna komputer, iaitu Microsoft

Jika sebelum ini Microsoft tampil dengan Windows 8, kini syarikat itu akan memperkenalkan sistem operasi terbaru mereka iaitu Windows 9.
Tetapi, berita terbaru mengatakan Windows versi seterusnya ini tidak akan mengunakan nama "Windows 9", tetapi hanya "Windows".

Windows 9 dijangka akan dilepaskan pada tahun 2015.

Baiklah jom kita lihat feature menarik Windows 9 yang telah bocor di internet. Sumber berita diambil dari WinFuture.

Windows Store



Jika dilihat di dalam screenshot diatas, apabila apps Windows Store dibuka dalam window mode, terdapat satu icon baru di bahagian kiri atas. Apabila icon itu di klik, ia akan memaparkan senarai fungsi seperti Search, Share, Play, Project dan Setting. Menu ini juga membolehkan pengguna untuk menukar apps ke fullscreen.

Desktop Taskbar



Microsoft juga telah menambah beberapa butang baru di bahagian taskbar, iaitu di sebelah kiri terdapat butang search dan diikuti dengan butang untuk bertukar ke desktop yang lain. Fungsi ini diberi nama "virtual desktop" yang mana akan membolehkan pengguna untuk bertukar ke beberapa desktop yang lain. Fungsi ini sama seperti yang terdapat di dalam Linux Ubuntu, dikenali sebagai "Workspaces".

Di bahagian kanan taskbar pula terdapat satu butang notification yang baru, yang akan memaparkan "pop-up" mesej dari Windows Store apabila ditekan.

Start Menu

Windows 9 juga dikatakan hadir dengan Start Menu yang baru, mengantikan Start Menu yang terdapat di dalam Windows 8.
Berikut merupakan video demonstrasi Start Menu yang baru.





Virtual Desktop

Video fungsi terbaru yang hangat diperkatakan, "Virtual Dekstop".




Jika dilihat didalam video, Virtual Desktop dapat digunakan apabila butang virtual desktop ditekan. Butang ini terdapat pada taskbar.Fungsi "Virtual Desktop" ini telah lama diguna pakai di dalam sistem operasi Linux dan OS X.

Ok itu saja yang dapat dikongsikan. Sama-sama kita nantikan Windows 9.




Read More

Tuesday, 2 September 2014

Guna 2 Nombor WhatsApp dalam 1 Handphone


Assalamualaikum dan salam sejahtera. 
Aplikasi chatting WhatsApp, pada hari ini menjadi salah satu aplikasi yang wajib ada buat pengguna smartphone. Siapa yang tak tahu apa itu WhatsApp kan? 

Dengan WhatsApp, kita dapat berchatting secara PERCUMA. selain itu ia juga ringan dan pantas. Kita boleh share gambar, video, lagu dan macam2 lagi.
Tapi, kelemahan WhatsApp ni satu ja, iaitu tak boleh guna lebih dari satu akaun WhatsApp atau nombor telefon.

Bagi yang ada 2 nombor telefon tu susah la.
Tapi jangan risau, hari ini aku nak ajar korang cara nak guna 2 nombor whatsapp dalam satu telefon.

Caranya ialah dengan guna OGWhatsApp.
OGWhatsApp adalah versi modded aplikasi WhatsApp untuk Android yang membolehkan korang menggunakan 2 nombor WhatsApp dalam satu peranti Tanpa “Root” dan ianya bekerja dalam satu masa yang sama. 

Ciri-ciri OGWhatsApp :

  1. Boleh guna 2 nombor whatsapp dalam satu telefon
  2. Boleh backup dan restore data
  3. Boleh pilih apps icon
  4. Boleh mute conversation dengan jangka yang lebih panjang, 1 abad!

Cara nak install OGWhatsApp :

  1. WhatsApp yang original korang jangan uninstall, sebab whatsapp ori ni diperlukan. 
  2. Mula-mula backup dulu data whatsapp korang. Kalau korang rasa perlu la. (Setting > Chat Setting >Backup conversations)
  3. Clear whatsapp data. Lagi bagus korang reinstall je terus. Bagi suci murni.
  4. Kemudian, rename folder /sdcard/WhatsApp folder kepada /sdcard/OGWhatsApp
  5. Dah tu, install la OGWhatsApp. Link download ada kat atas.
  6. Dalam OGWhatsApp, Install nombor lama dan Dalam original WhatsApp install nombor baru. Kenapa? Sebab OGWhatsApp boleh restore balik data lama.
  7. Siap!!
sumber : BistariCorner


Read More

Monday, 1 September 2014

7 Tips & Trick Smartphone Photography


Assalamualaikum dan salam sejahtera. zaman sekarang ni kebanyakan orang mesti akan ada smartphone. Smartphone terkenal dengan kecangihan hardware dan software nya. 
Selain itu, fungsi kegemaran orang ramai ialah camera yang canggih.

Siapa kata dengan smartphone, tak boleh tangkap gambar setaraf dengan DSLR? haaa jom tengok video ni, 7 trick ambil gambar guna smartphone. DSLR pun boleh kalah! 

Layan~







Read More

Tuesday, 26 August 2014

Amazon Membeli Twitch Dengan Harga $970 Juta


Syarikat gergasi Amazon telah membeli laman web streaming video game popular, Twitch dengan harga $970 Juta (3 Billion MYR) .

CEO Twitch, Emmett Shear, membuat pernyataan mengenai hal pembelian tersebut:

Today, I’m pleased to announce we’ve been acquired by Amazon. We chose Amazon because they believe in our community, they share our values and long-term vision, and they want to help us get there faster. We’re keeping most everything the same: our office, our employees, our brand, and most importantly our independence. But with Amazon’s support we’ll have the resources to bring you an even better Twitch. (TheNextWeb)

“Hari ini, saya senang mengumumkan kami telah berbincang dengan Amazon. Kami memilih Amazon karena mereka percaya pada komuniti kami, mereka berbagi nilai-nilai dan visi jangka panjang, dan mereka ingin membantu kami sampai di sana lebih cepat. Kami menjaga hampir semua (dalam keadaan) sama: pejabat kami, pekerja kami, jenama kami, dan yang paling penting kemerdekaan kita. Tapi dengan sokongan Amazon kami akan memiliki sumber daya untuk membawakan anda pada Twitch lebih baik.”

Menurut The Wall Street Journal, perbincangan antara Google dan Twitch sebelum ini tidak berjaya dan meninggalkan Twitch terbuka untuk dibeli oleh Amazon.

Twitch membolehkan gamers untuk berkongsi live feed gameplay mereka. Integrasi yang rapat dengan YouTube membuatnya Twitch sesuai untuk digandingkan dengan Google. Twitch pada hari ini telah memiliki 55 juta pengunjung oleh 1 juta penyiar.

Dalam pernyataan CEO Amazon, Jeff Bezos mengatakan:

“Seperti Twitch, kita terobsesi pelanggan dan suka berfikir secara berbeza, dan kami berharap untuk belajar dari mereka dan membantu mereka bergerak lebih cepat untuk membangun layanan baru bagi komuniti game."

Dengan pembelian Twitch, Amazon sekarang dapat memanfaatkan komuniti yang berdedikasi pada gamer untuk membeli game terbaru tentunya di Amazon.

Read More

Monday, 25 August 2014

Macam Mana Rupa Google Pada 1998?


Assalamualaikum dan salam sejahtera. Seperti yang kita tahu, laman enjin carian terbesar dan terkenal dunia adalah GOOGLE. Google dibangunkan oleh Larry Page dan Sergey Brin pada 4 September 1998
Korang pasti teringin nak tau macam mana rupa google.com ni masa mula2 dibangunkan dulu kan?

Hari ini aku nak ajar korang satu trick yang sangat menarik iaitu cara nak layari laman web GOOGLE versi retro pada tahun 1998.

Ok jom mula.senang je.

1. Mula-mula korang buka Google.com

2. Lepas tu korang search "google in 1998"

3. Jeng jeng jeng sekarang korang ada di website Google pada tahun 1998! hahah menarik kan?



Read More

Monday, 18 August 2014

Cara Unlock Broadband Huawei Maxis Celcom Digi UMobile

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Pertama sekali aku nak mintak maaf kepada readers blog ni sebab dah lama aku tak update huhuhu. Sibuk sangat sampai tak sempat nak update. Apa pun terima kasih sebab masih setia baca blog aku. sedar tak sedar page views blog ni dah cecah 1 Juta lebih *wohoooo*

Ok kembali pada topik asal, hari ini aku nak ajar korang cara nak unlock broadband. method ni work untuk semua jenis broadband sama ada maxis, celcom, digi, u mobile, atau apa2 ja jenis broadband.

Ok jom!

1. Mula-mula sekali korang perlu tahu nombor IMEI broadband.
Cara nya, korang tengok di belakang broadband, atau di dalam broadband.cari IMEI. kemudian salin IMEI tu dimana2 sebab nak guna nanti.
Contoh IMEI :




2. Lepas tu, buka website ni :
http://tools.texby.com/unlock-codes/huawei/

Korang tulis IMEI broadband tu di dalam kotak kosong di website tu.


tulis IMEI di dalam kotak tu

3. Lepas tu, tekan SUBMIT.korang akan dapat hasil macam ni :



Yang aku buat kotak merah tu code untuk unlock. kalau yg betul tak dak XXX tu, tpi atas sbb tertentu aq terpaksa censored hehe. 

Korang copy code tu, sbb nak guna.

4. Sekarang korang masukkan SIM yang korang nak guna ke dalam boradband. tapi korang kena guna SIM yang berlainan dari broadband. Contohnya, kalau Broadband Maxis, korang masukkan SIM Celcom. macam tu la sebaliknya.

Lepas tu korang cucuk di laptop, dan buka software broadband tu. Secara automatik satu popup akan keluar mintak Unlock Code.

Korang paste code yang dapat di website tadi, ke dalam kotak popup tu.




Lepas tu tekan OK.

5. Bila berjaya, broadband korang akan detect signal sim baru tu. 



SIAP! lepas tu boleh connect dan guna internet macam biasa.

Ok itu saja. terima kasih. Assalamualaikum.


Read More

Sunday, 18 May 2014

Facebook Beri Peluang Tukar Nama Lepas Limit


Assalamuaikum dan salam sejahtera. Hari ini ada berita baik iaitu Facebook dengan murah hati memberi peluang kepada pengguna laman sosial terbesar itu untuk menukar nama Facebook mereka yang dah terlebih limit.

Sebelum ini, bagi pengguna yang dah menukar nama facebook lebih dari 3 kali, mereka dah tak boleh lagi tukar nama baru. jadi ini jadi masalah la bagi yang letak nama pelik2 hahaha. Tapi jangan risau sebab facebook dah bagi peluang untuk korang tukar nama Facebook korang walaupun dah lepas limit. 

note: Jangan risau! ni bukan trick,hack atau cara haram, ni memang cara yang sah dan Facebook benarkan. Jadi jangan risau takut Facebook korang kena ban dan sebagainya.

Caranya :

1. Buka Facebook
2. Masuk Setting
3. Click "Name"
4. Lepas tu letak lah nama yang korang nak. Pastikan korang letak betul2 ya!


Facebook bagi peluang ni untuk dalam tempoh 60 Hari (2 Bulan) SAHAJA. Lepas ni, korang dah tak boleh tukar dah nama Facebook.

So, Enjoy! Pi cium tangan Mark Zuckerberg.


Read More

Monday, 12 May 2014

Rasai Dunia dari Lensa Instagram dengan TENS



Zaman sekarang ni Instagram dah jadi satu fenomena dalam kalangan pengguna laman sosial. Gambar-gambar yang dimuat naik ke Instagram selalunya lebih cantik dari gambar asal, ini kerana penggunakan filter yang disediakan.
Jadi kan best kalau apa yang kita tengok semuanya cantik macam gambar Instagram?

TENS ialah cermin mata hitam yang membolehkan korang melihat dunia seolah-olah ianya gambar yang menggunakan filter Instagram.

Dengan TENS, permandangan akan menjadi lebih menarik dengan warna yang terang atau "vivid" berbeza dengan cermin mata hitam sedia ada yang membuatkan permandangan menjadi agak suram. dibawah adalah gambar perbezaan antara kaca mata hitam yang biasa dan kaca mata TENS.




Sepasang cermin mata TENS dijual pada harga $60 USD dengan empat pilihan warna yang boleh dipilih iaitu black, navy. deep red, teal. TENS boleh dibeli menerusi laman web IndiGogo .

Cermin mata TENS ini dilengkapi dengan perlindungan UV400, menghalang 100% sinaran berbahaya.Ia diperbuat dari CR-39 plastic polymer dan tahan calar.








Read More

Friday, 9 May 2014

Tips Memilih Graphic Card Komputer


Assalamualaikum warga pembaca semua,

Nampak tak gambar apa kat atas tu? Haaa itulah Graphic Card (GC) yang saya mampu untuk capai suatu hari nanti dengan keperluan saya sahaja. Tapi tak ada modal nak beli jadikan angan-angan dulu.

Ok back to topic. Saya nak tanya anda..mula-mula sekali anda nak beli graphic card apa yang anda akan tengok dulu? Rata-rata yang saya lihat kebanyakkan user lebih melihat pada berapa banyak memori dia iatu sama ada 256 mb, 512 mb, 1 GB, dan 2 GB. Seterusnya mereka akan melihat pada jenis Memory Bus seperti DDR2, DDR3, GDDR4 and GDDR5.

Sebenarnya bagi saya bukan tidak mempengaruhi perfomance tapi jika kita lihat pada 2 benda itu sahaja ianya hanya memberikan perubahan perfomance yang amat sedikit sahaja kepada keperluan sebenar anda.

Sebelum memilih graphic card apa yang anda perlu buat adalah? ASK YOURSELF.

Apa keperluan saya untuk memiliki graphic card.

Ramai yang saya lihat mereka memilih graphic card tambahan adalah dengan berfikiran beli yang sesuai untuk gaming maka nanti boleh
digunakan untuk multimedia seperti rendering, 3D aplikasi dan lain-lain. Itu semua adalah cara pemilihan yang kurang bijak. Ok mari kita lihat jenis-jenis spesifikasi graphic card yang sesuai kepada user yang tertentu.

Apakah graphic card yang sesuai dengan saya?

Pertama sekali ianya bergantung kepada bajet dan keperluan.

Email dan Melayari Laman Web
Untuk pengguna jenis ini kebiasaanya mereka tidak memerlukan graphic card yang tinggi spesifikasinya. Mereka hanya perlukan graphic yang telah sedia ada bersama-sama cpu mereka yang kita panggil Integrated Chipset.

Gamers Sederhana
Kebiasaanya mereka ini adalah jarang bermain games dan hanya bermain games yang cukup sekadar untuk dapat bermain game tersebut. GC yang mereka perlukan adalah jenis GC yang Mid-Range.

Gamers Tegar
Ok untuk pengguna jenis rata-ratanya kita boleh lihat mereka ini akan memlih GC yang High-End kerana mereka kalau boleh tidak mahu ketinggalan teknologi yang terbaru agar mereka sentiasa kehadapan bersama-sama games yang mereka main kan dari masa ke semasa.

3D Animasi, Modeling dan Video Produksi
Kebanyakkan software application yang berada di dalam bidang ini memerlukan GC yang sangat tinggi namun penekanannya adalah berbeza. Kualiti imej dan ketetapan adalah jauh lebih penting berbanding kelajuan data mentah. Mereka ini selalunya akan menggunakan Mid-Range bagi amatur dan Workstation Class Card untuk yang betul-betul serious.

Media Center
Untuk jenis user seperti ini mereka memerlukan GC yang mempunyai output DVI atau HDMI untuk kejelasan High Defination. Tapi untuk basic bagi mereka adalah cukup hanya memadai satu gc Entry-Level dengan Kad Tuner.
Mereka ini ingin melakukan dari komputer monitor biasa sehingga boleh mendapatkan isyarat tv dan pancarkan kepada tv yang lebih high
resolution.

Dari segi support software perlaksanaan dan kenapa anda perlu tahu?

Ok buat masa ini ada 2 benda yang kita kena fokus kepada API (Application Programming Interface). Apa benda API ni? Ianya lebih tertumpu pada DirectX dan OpenGL. Kebanyakkan user mereka lebih mengenali DirectX kerana ianya dari Microsoft manakala OpenGL kebanyakkanya adalah Open Source dan dibangunkan oleh Khronos Group.

Untuk pengetahuan anda di zaman ini DirectX yang paling terbaru adalah DirectX v11 (Direct3D 11) dan bagi v10, v9 masih digunakan dalam sesetengah permainan manakala v8 dan v7 adalah sangat lama dan tidak releven. Biasanya lebih baru maka lebih baik visualnya dan dalam beberapa kes dari segi perfomance iainya ada berhubung kait dengan OpenGL.

OpenGL versi terbaru adalah versi 4.2. Namun tidak banyak permainan yang menggunakan versi 4.x manakala versi 3.1
adalah yang masih popular dan versi 2.1 dan 1.5 adalah tidak relevan lagi dan ianya dianggap lama..Jadi anda perlu membeli
graphic card yang serasi dengan permainan yang akan datang yang menggunakan DirectX 11. Kebiasaanya GC yang hadir dengan DirectX 11 mampu menyokong OpenGL V4.2 dan seperti DirectX 10 akan menyokong GL3 dan sebagainya.

Adakah anda tahu setiap perkataan yang digunakan di dalam spesifikasi graphic card?

Ok mula-mula sekali saya akan tunjukkan satu contoh specification.




Ramai orang lebih tertumpu pada kawasan Memory dan Bus Type. Kenapa mereka tidak tengok yang lain? Kerana mereka tidak faham keywords dia. Jadi di sini saya akan bantu anda mengenali serba sedikit keywords yang ada dalam spec di atas.

Saya akan bahagikan kepada 2 iaitu yang penting dan yang cukup sekadar tahu.

Penting

Fab - Lebih dikenali sebagai fabrication process. Ianya size yang kecil sedikit dari transistor dan diukur dengan (nm). Cara untuk
lihat dia semakin kecil nombor semakin kurang panas GPU semasa sedang bekerja.

Bus Interface - Ini adalah satu kaedah pengankutan yang digunakan untuk menghantar dan menerima data daripada GC. GC yang terkini akan menggunakan PCI-E dan yang terdahulu akan diikuti dengan AGP dan PCI. PCI adalah yang paling perlahan.

Memory - Ianya ibarat seperti tempat penyimpanan data di dalam GC. 1 GB boleh dikatakan pada tahap Mid-Range dan 2 GB pada tahap High-End. Perkara ini langsung tidak meningkatkan perfomance sesuatu GC. Sebab apa? Ianya hanya digunakan untuk simpan data sementara sahaja, tidak lebih dari itu.

Clock Rate - Ini adalah nombor setiap pusingan yang dilakukan oleh GPU bagi setiap saat. Secara basicnya semakin banyak pusing yang boleh dilakukan maka semakin bagus. Tetapi lebih banyak pusingan juga tak bermakna ianya bagus, kerana terdapat faktor-faktor lain.

Config Core - Ini adalah antara bahagian penting yang perlu dilihat apabila memilih GC. Ini adalah konfigurasi kepada GPU. Ianya ada 3 iaitu Unified Shader Unit, Texture Mapping Unit da Render Output Unit.

Unified Shader Unit - Sebuah unit yang memproses basic 3D Scene, lebih banyak adalah lebih bagus kepada GPU yang sama generasi. Tetapi ini adalah perkara yang tidak boleh dibandingkan dengan GPU lain kerana atas faktor perbezaan architecture.

Texture Mapping Unit - Ianya berfungi di dalam GPU untuk memproses texture. Semakin banyak maka semakin bagus.

Render Output Unit - Ini adalah suatu proses penghabisan apabila kita telah selesai melakukan tugas-tugas 3D Scene
maka proses rendering akan mula berjalan. Ianya juga untuk menukar 3D Scenes kepada 2D Signals untuk dihantar kepada screen. Semakin banyak maka semakin pantas.

Memory Bandwidth - Ini adalah bandwith kepada Memory Bus. Semakin besar ia semakin laju ia menghantar dan membaca data ke video RAM.

Memory Bus - Jenis-jenis card Bus mempunyai DDR2, DDR3, GDDR4 dan GDDR5. GDDR5 adalah yang terpantas. Tetapi jangan ambil bus card yang slow iaitu bawah dari DDR3.

Memory Bus Width - Ini adalah antara yang terpenting anda kena lihat kerana semakin besar ia semakin bagus perfomance GC tersebut. Contohnya 64-bit, 128-bit, 192-bit, 256-bit, dan 384-bit.

TDP - Kuasa yang diperlukan oleh GC tersebut sehingga mencapai tahap maksimum barulah semua nya berfungsi dengan baik. TDP yang rendah membuatkan penjimatan kuasa tetapi perfomance juga adalah di tahap yang rendah.

Cukup Sekadar Tahu

GPU - Graphic Processing Unit ianya satu nama yang telah diberi daripada Nvidia kepada Graphic
Processor pada lewat tahun 1999. Ianya telah diguna pakai dan menjadi popular kepada semua jenis graphic card sekarang ini.

Transistor - Ianya satu komponen yang kecil dan ibarat seperti pintu masuk yang mengawal aliran elektrik sampai kepada GPU. Semakin banyak ia masuk semakin hebat la ia.

RAMDAC - Menukar Isyarat Digital kepada Isyarat Analog untuk dipaparkan kepada skrin.

Fillrate - Ini adalah Pixel Fillrate dan Texture Fillrate. Ianya adalah sejumlah pixel dan texture yang dapat dikeluarkan oleh GC dalam satu saat. Semakin tinggi ia, semakin bagus.

GFLOPS - Card boleh beroperasi dalam satu saat. Kiraan dalam G (1G = 1,000,000,000). Semakin tinggi ia semakin bagus.

Jadi anda dah lihat kan beberapa keyword yang patut anda tahu bila mencari GC. Jadi dari segi brand ramai yang tertanya-tanya. AMD atau Nvidia yang bagus yer?

Bagi saya untuk kita compare kan kedua-duanya adalah sangat-sangat susah untuk mencari pemenang kerana masing-masing ada pros and cons.

Perbandingan AMD dan NVIDIA :

AMD Pros:

  • Better Overclocking Potential than Nvidia's current offerings.
  • Better GPU Compute performance (not too relevant for games right now)
  • Higher memory bandwidth
  • More Video RAM (generally not relevant unless running games across multiple monitors)


AMD Cons:

  • Higher power consumption
  • Tends to have fewer games that heavily favour them. Skyrim does favour AMD though for this generation.


Nvidia Pros:

  • Lower power consumption
  • GPU Accelerated PhysX (for the few games that support it, only game on your list that supports it is Borderlands 2)
  • Some games such as Battlefield 3 favour Nvidia cards heavily.
  • Adaptive Vsync (basically turns Vsync off if you go below 60FPS to
  • smooth out the experience better, you'll still get tearing with it
  • turned on, just less of it because your framerate won't exceed 60FPS in
  • less GPU taxing areas)


Nvidia Cons:

  • Less overclocking potential due to locked voltage control.
  • Less memory bandwidth (more of a problem for the 660Ti and below, the
  • 670 actually does have adequate memory bandwidth for 1080p gaming)
  • Usually less Video RAM (once again not relevant right now unless doing multi-monitor gaming.
  • Very weak GPU computing capabilities compared to AMD's current offerings.


So kalau tanya saya soalan macam tu, Ini adalah pandangan saya jika anda mempunyai bajet yang tinggi dan ingin memastikan GC anda terbaik dan High End, saya mencadangkan Nvidia untuk anda. Jika anda mempunyai bajet rendah tetapi ingin menpunyai sebuah spec yang High End saya suggest anda AMD.

Anda boleh tonton video yang telah disediakan untuk anda lihat pandangan orang lain. Setiap orang berbeza pandangan. Yang penting anda haruslah berlapang dada dengan pandangan masing-masing.






Setelah anda membaca dan cuba faham perkara di atas. Saya yakin pasti anda tertanya-tanya.

Apakah Model yang dikatakan Integrated Chipset, Low Level Cards, Entry Level Cards, Mid-Range Cards dan High-End Cards.
Kita tunggu pada artikel yang akan datang.

Selamat membaca dan memahami. Semoga anda tidak tertipu dengan teknik marketing
penjualan GC. Jadilah pengguna bijak dan celik IT. . .

Sekian terima kasih.

*Segala kesalahan fakta atau ejaan harap diperbetulkan dan cadangan yang ingin dilontarkan, boleh letak di ruangan komen yang disediakan. Terima kasih.

Repost dari Angelezo Sharing.

Sumber : RC.MY

Baca : Tips Membeli Laptop Untuk Gaming




Read More

Popular Posts

© 2011 - Reaperz All rights reserved | Theme Designed by Seo Blogger Templates DMCA.com