Showing posts with label Hacking. Show all posts
Showing posts with label Hacking. Show all posts

Tuesday, 2 September 2014

Guna 2 Nombor WhatsApp dalam 1 Handphone


Assalamualaikum dan salam sejahtera. 
Aplikasi chatting WhatsApp, pada hari ini menjadi salah satu aplikasi yang wajib ada buat pengguna smartphone. Siapa yang tak tahu apa itu WhatsApp kan? 

Dengan WhatsApp, kita dapat berchatting secara PERCUMA. selain itu ia juga ringan dan pantas. Kita boleh share gambar, video, lagu dan macam2 lagi.
Tapi, kelemahan WhatsApp ni satu ja, iaitu tak boleh guna lebih dari satu akaun WhatsApp atau nombor telefon.

Bagi yang ada 2 nombor telefon tu susah la.
Tapi jangan risau, hari ini aku nak ajar korang cara nak guna 2 nombor whatsapp dalam satu telefon.

Caranya ialah dengan guna OGWhatsApp.
OGWhatsApp adalah versi modded aplikasi WhatsApp untuk Android yang membolehkan korang menggunakan 2 nombor WhatsApp dalam satu peranti Tanpa “Root” dan ianya bekerja dalam satu masa yang sama. 

Ciri-ciri OGWhatsApp :

  1. Boleh guna 2 nombor whatsapp dalam satu telefon
  2. Boleh backup dan restore data
  3. Boleh pilih apps icon
  4. Boleh mute conversation dengan jangka yang lebih panjang, 1 abad!

Cara nak install OGWhatsApp :

  1. WhatsApp yang original korang jangan uninstall, sebab whatsapp ori ni diperlukan. 
  2. Mula-mula backup dulu data whatsapp korang. Kalau korang rasa perlu la. (Setting > Chat Setting >Backup conversations)
  3. Clear whatsapp data. Lagi bagus korang reinstall je terus. Bagi suci murni.
  4. Kemudian, rename folder /sdcard/WhatsApp folder kepada /sdcard/OGWhatsApp
  5. Dah tu, install la OGWhatsApp. Link download ada kat atas.
  6. Dalam OGWhatsApp, Install nombor lama dan Dalam original WhatsApp install nombor baru. Kenapa? Sebab OGWhatsApp boleh restore balik data lama.
  7. Siap!!
sumber : BistariCorner


Read More

Monday, 18 August 2014

Cara Unlock Broadband Huawei Maxis Celcom Digi UMobile

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Pertama sekali aku nak mintak maaf kepada readers blog ni sebab dah lama aku tak update huhuhu. Sibuk sangat sampai tak sempat nak update. Apa pun terima kasih sebab masih setia baca blog aku. sedar tak sedar page views blog ni dah cecah 1 Juta lebih *wohoooo*

Ok kembali pada topik asal, hari ini aku nak ajar korang cara nak unlock broadband. method ni work untuk semua jenis broadband sama ada maxis, celcom, digi, u mobile, atau apa2 ja jenis broadband.

Ok jom!

1. Mula-mula sekali korang perlu tahu nombor IMEI broadband.
Cara nya, korang tengok di belakang broadband, atau di dalam broadband.cari IMEI. kemudian salin IMEI tu dimana2 sebab nak guna nanti.
Contoh IMEI :




2. Lepas tu, buka website ni :
http://tools.texby.com/unlock-codes/huawei/

Korang tulis IMEI broadband tu di dalam kotak kosong di website tu.


tulis IMEI di dalam kotak tu

3. Lepas tu, tekan SUBMIT.korang akan dapat hasil macam ni :



Yang aku buat kotak merah tu code untuk unlock. kalau yg betul tak dak XXX tu, tpi atas sbb tertentu aq terpaksa censored hehe. 

Korang copy code tu, sbb nak guna.

4. Sekarang korang masukkan SIM yang korang nak guna ke dalam boradband. tapi korang kena guna SIM yang berlainan dari broadband. Contohnya, kalau Broadband Maxis, korang masukkan SIM Celcom. macam tu la sebaliknya.

Lepas tu korang cucuk di laptop, dan buka software broadband tu. Secara automatik satu popup akan keluar mintak Unlock Code.

Korang paste code yang dapat di website tadi, ke dalam kotak popup tu.




Lepas tu tekan OK.

5. Bila berjaya, broadband korang akan detect signal sim baru tu. 



SIAP! lepas tu boleh connect dan guna internet macam biasa.

Ok itu saja. terima kasih. Assalamualaikum.


Read More

Monday, 28 April 2014

Tutorial Hack dan Cheat Game Android

GameCIH

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hari ini aku nak ajar korang cara nak hack game android! Hack apa? korang boleh hack Score, Money, Level dan macam2 lagi!

Jadi untuk buat hack ni, kita akan gunakan aplikasi yang bernama GameCIH. Nama penuh GameCIH ni ialah Game Cheating Hacker. GameCIH ni lebih kurang macam Cheat Engine la juga. Tapi untuk Android. Jadi bagi korang yang pernah guna Cheat Engine tu senang la untuk korang guna GameCIH ni.

Apa yang korang perlu :

  1. ROOT - Phone korang perlu di-ROOT terlebih dahulu. untuk tutorial root hanphone korang tengok di forum xda-developers.
  2. GameCIH - Download
  3. Kesabaran
Note : GameCIH cuma boleh hack game OFFLINE saja. game online macam Clash of Clans tak boleh .

Cara guna GameCIH :

Baiklah lepas korang dah download dan install GameCIH, sekarang masa untuk hack game!

1. Buka aplikasi GameCIH di handphone korang. rujuk gambar :


Popup ni hanya akan keluar kalau korang connect dengan internet.



Sekarang korang perlu tukan di butang Hot-Key tu dan set lah Hot-Key korang. Fungsi Hot-Key ni adalah untuk korang buka menu GameCIH semasa dalam game. Jadi benda ni PENTING!!!

2. Sekarang GameCIH dan running. Korang tekan butang HOME handphone korang. Kemudian buka la game yang korang nak hack. ingat! game offline sahaja.

3. Dalam tutorial ni kita akan hack DUIT game Robo Defense. Mula2 korang main dulu game tu untuk kumpul duit. lepas dah ada duit, korang tekan Hot-Key yang korang set tadi untuk buka menu GameCIH. 
Kemudian tanda Suspend Game dan tekan Input Number. 
Rujuk Gambar :



4. Kemudian tengok duit yang korang ada tu, masukkan jumlah duit tu dalam kotak tu. 



Lepas tu tekan OK.

5. Lepas tu akan keluar result number yang ada. korang tekan butang back dan sambung main game tu. korang boleh belanjakan duit atau tambah duit. dalam game ni kita belanja duit.

Lepas tu, tekan lagi Hot-Key dan buka menu GameCIH. sekarang korang tekan simbol " ! " . Rujuk gambar :




Fungsi setiap simbol :

  • = : untuk mencari nilai yang tidak berubah
  • !  : untuk mencari nilai yang berubah samada bertambah atau berkurang
  • + : untuk mencari nilai yang bertambah
  • -  : untuk mencari nilai yang berkurang

6. Sekarang lepas korang dah tekan simbol tu, akan keluar result baru. cari yang nilai dia sama macam baki duit korang. dalam game ni nilai tu ialah "money" .


Tekan "money" dan masukkan angka yang korang nak! dalam tuto ni angka yang dimasukkan ialah 9999.

7. Lepas tu tekan back untuk tutup menu GameCIH, dan sambung main game. BOOM! duit korang dah jadi macam yang korang edit tu! sekarang korang enjoy!



Macam-macam lagi korang boleh hack selain duit. korang boleh hack EXP, nyawa, score, reward point dan macam2 lagi yang ada value. 
Tapi ingat! Game online tak boleh hack sebab game online ni server side. data2 game semua ada dalam server, bukan dalan handphone.

Selain dari edit data, GameCIH juga ada fungsi Speed Hack. Korang boleh lajukan game korang tu. sangat berguna untuk game yang nak kena tunggu masa hehe

Ok itu saja untuk tutorial kali ini. Harap korang enjoy dan faham hehe.

Happy Hacking and Gaming!



Read More

Thursday, 17 April 2014

Apa itu Heartbleed Bug?


Baru-baru ini heboh di internet tentang masalah bug pada OpenSSL yang diberi nama Heartbleed. 
Dengan bahayanya bug ini telah membuatkan banyak laman web yang menggunakan SSL (https://) telah membuang (revoke) certificate SSL dan membuat yang baru, mengupdate versi OpenSSL kepada yg baru, mereset seluruh password pengguna laman web itu atau memberi peringatan supaya pengguna menukar password yang digunakan.

Apa itu Heartbleed Bug?

Bug ini memanfaatkan fungsi Heartbeat pada OpenSSL dan hacker boleh mendapatkan maklumat dan data dari memori pada server yang bersarnya sampai 64KB. Serangan ini dapat dilakukan berulang-ulang kali kerana ianya tidak dapat dikesan. Jadi dengan perlahan seluruh isi dari RAM server akan dapat diketahui.

Untuk lebih mudah memahami bug Heartbleed ini korang boleh baca komik Heartbleed Explained dari xkcd.

Kenapa diberi nama Heartbleed?

Kerana bug ini berasal dari implementasi prokotol heartbeat (RFC6520) TLS/DTLS (Transport Layer Security Protocols). Kalau protokol "denyut jantung" (heartbeat) ini dieksploitasi ia akan dapat membocorkan isi memori dari server client. Oleh itu namanya ialah "pendarahan jantung" (heartbleed) .

Apa yang boleh didapatkan dengan Heartbleed ini?

Semuanya yang boleh disimpan dalam memori komputer akan boleh didapatkan. Yang menjadi masalahnya, mangsa yang diserang tidak akan mengetahui serangan ini dilakukan kerana tida ada cara untuk mengesannya, yang hanya dapat dilakukan pemilik website adalah menganalisa log (catatan) akses pengunjung. Jadi username, email, password, nombor kad kredit, private key dan yang lain ada kemungkinan boleh didapatkan.

Apakan versi OpenSSL yang terdedah kepada serangan ini?

OpenSSL versi 1.0.1 hingga 1.0.1f terdedah kepada serangan ini. Kalau dilihat versi ini sudah berada di internet sejak dari 2 tahun (Disember 2011) yang lalu. Jadi risiko untuk terdedah kepada serangan heartbleed memang besar sekali.



Website apa yang menjadi mangsa?

Mengikut perkiraan 66% dari website aktif (lebih dari 1/2 juta) menggunakan OpenSSL, dan kerana versi OpenSSL yang terdapat bug ini sudah ada lebih dari 2 tahun jadi kemungkinan besar laman web yang anda gunakan terkena impaknya.

Beberapa laman web terkenal seperti Google, Facebook, Dropbox, GitHub, Instagram Pintrest, Tumblr, Gmail, Yahoo, Yahoo Mail, Amazon Web Services, Etsy, GoDaddy, Flickr, YouTube, SoundCloud, Box, dan masih banyak lagi adalah yang menggunakan versi OpenSSL yang terdapat bug Heartbleed. 

Bagaimana keadaan laman web sekarang, adakah sudah selamat?

Sekarang hampir semua website yang diyakini memiliki kelemahan Heartbleed bug ini sudah dipatch dan diupdate. Jadi risiko terkena Heartbleed bug sudah kurang.

Apakah yang saya dapat dilakukan jika terkena Heartbleed bug?

Tukar seluruh password account anda, cuma ini sahaja yang dapat dilakukan sambil menunggu laman web yang digunakan mengupdate versi OpenSSL dan mengganti certificate SSL yang digunakan.

sumber : uTekno



Read More

Wednesday, 26 March 2014

Facebook Membeli Oculus Rift dengan harga $2 billion


Sebelum ini Facebook telah membeli WhatsApp dengan harga $16 billion , kini Facebook telah membeli syarikat yang menghasilkan headset VR (Virtual Reality) Oculus Rift, iaitu Oculus VR.

Facebook membeli Oculus VR dengan harga $2 billion, iaitu $400 juta tunai dan $1.6 billion saham Facebook, dan tambahan $300 juta jika Oculus menepati target mereka.  

Pembelian ini telah diumumkan oleh CEO Facebook inc, Mark Zuckerberg melalui status Facebook beliau.



Oculus pada saat ini masih lagi berusaha membangunkan headset VR Oculus Rift dan merancang untuk memasuki pasaran pada akhir tahun 2014 ini. 


Sebelum ini, Oculus telah menunda pelancaran headset VR itu kerana mereka masih lagi hendak mengkaji dan membangunkan headset itu, tetapi kini Oculus telah bergabung bersama Facebook dan menyatakan yang mereka akan membuat alat VR ini semakin hebat dan boleh diterima oleh masyarakat.

Pasukan Oculus Rift

Pasukan Oculus Rift berkata, " Mark dan kumpulannya memberi visi yang kita miliki untuk potensi Virtual Reality untuk mengubah cara kita belajar, berkongsi maklumat, bermain, dan berkomunikasi. Facebook merupakan sebuah syarikat yang percaya bahawa tidak ada yang tidak mungkin untuk mewujudkannya, kami pun setuju dengan hal itu".

Dengan kerjasama Facebook dan Oculus Rift, kemungkinan besar headset VR itu akan dapat digunakan bukan hanya untuk bermain game, tetapi juga boleh digunakan untuk media pembelajaran, berkongsi maklumat, dan berkomunikasi. Facebook seniri telah menyatakan bahawa mereka akan membuat Oculus Rift menjadi sebuah alat VR masa depan yang akan digunakan oleh semua orang, termasuk bidang kedoktoran , pendidikan, dan bidang pengkajian.

Headset VR Oculus Rift

"Virtual Reality pernah menjadi mimpi dan fiksyen, tetapi begitu juga dengan internet, smartphone dan komputer. masa depan akan segera datang dan kita mempunyai masa dan kesempatan untuk membangunkannya bersama. Saya sudah tidak sabar untuk bekerjasama dengan seluruh anggota pasukan di Oculus untuk membina masa depan dunia ini, dan membuka sebuah dunia baru untuk kita semua", kata Mark.


Read More

Thursday, 6 March 2014

Cara Menaikkan Facebook Page Likes dengan AddMeFast

trik tingkatkan likes facebook page

Facebook Page atau Fanpage memainkan peranan yang buat peniaga dan blogger. Ini kerana melalui page facebook, pembaca dan pelanggan dapat mengetahui update yang terkini dari korang.
Tapi kalau page facebook likes kurang, jadi macam tak ada fungsi pun page tu.

Jadi LIKEs di fanpage facebook memang memainkan peranan yang penting. Tapi jangan risau, hari ini aku nak share satu teknik untuk menaikkan likes secara PERCUMA!
Dengan menggunakan teknik ini anda boleh tingkatkan fan page anda kepada beribu-ribu dalam masa 24 jam.

Selepas belajar teknik ini korang boleh menggunakannya untuk menaikkan likes fan page sendiri, atau tawarkan servis naikkan likes pada orang lain.

Berminat? Teruskan membaca entry ini!

sumber : HakimiNurazlan.com

Rahsianya adalah dengan menggunakan servis AddMeFast. Jangan risau, semuanya adalah PERCUMA.

Servis AddMeFast (AMF) adalah satu servis yang amat mudah untuk digunakan. Secara kasarnya, anda memberi dan orang lain akan memberi. Anda like page orang lain dan orang lain akan like page anda. Ia adalah satu sistem “give and take”.

Bagaimana Untuk Menggunakan Servis AddMeFast

Anda hanya perlu daftarkan diri di AddMeFast dan kemudian anda sudah bersedia untuk tingkatkan Facebook Page likes anda. 

Layari AddMeFast dan kemudian daftar. Sila rujuk pada gambar di bawah.



AddMeFast ialah satu sistem pertukaran point. Selepas anda berjaya mendaftar, anda akan diberi percuma 50 points. Apa yang perlu anda lakukan selepas ini hanyalah like page orang lain untuk mendapatkan points. Kemudian anda berikan points itu kepada orang lain apabila orang lain like page anda.

Selain daripada Facebook Page anda juga boleh tingkatkan fan atau follower di servis-servis yang lain, sebagai contoh Twitter, Instagram, Pinterest dan lain-lain. Sila rujuk gambar di bawah.


Di sini saya akan berikan contoh menggunakan AddMeFast hanya untuk Facebook Page likes.

Langkah-Langkah Menggunakan Sistem AddMeFast
Langkah Pertama:

Pertama sekali anda perlulah login dalam akaun Facebook anda. Anda bolehlah menggunakan akaun sendiri ataupun buat satu akaun baru. Saya cadangkan untuk buat satu akaun baru. Kemudian buka tab baru dan login dalam akaun AddMeFast anda. Kemudian klik Add Site/Page.



Langkah Kedua:

Masukkan page anda di dalam setting berikut.


  • Type: pilih Facebook Likes
  • Countries: pilih Malaysia untuk dapatkan likes daripada orang Malaysia (kalau anda nak likes daripada seluruh dunia, anda boleh letakkan setting Worldwide)
  • Title: letakkan tajuk page anda
  • Site/Page URL: tulis URL Facebook page yang anda hendak naikkan likes, contoh: https://www.facebook.com/facebook_fan_page_anda
  • Total Clicks: Letakkan jumlah likes yang anda perlukan untuk page anda, contoh 1000, 10000 atau 20000
  • Daily Clicks: Jumlah klik untuk sehari, jika sehari anda hendak naikkan sebanyak 100 likes sahaja, letakkan 100. Saya letak 200 sehari
  • CPC (Cost Per Click): Berapa points yang anda hendak berikan kepada orang lain. Biasanya saya letak 9 points. (lebih tinggi points lebih kerap anda muncul di dalam sistem AddMeFast untuk orang lain like page anda)

Apabila sudah selesai, tekan Save Changes. Facebook Page anda akan dimasukkan dalam sistem AddMeFast dan bersedia untuk di like oleh orang lain. Anda biarkan sahaja begitu dan page anda akan automatik di like mulai sekarang (selagi anda mempunyai points). Klik My Sites untuk melihat senarai page yang anda telah masukkan.



Langkah Ketiga:

Anda juga perlu tambahkan points untuk akaun anda. Klik pada Facebook Likes. Rujuk pada gambar di bawah.



Langkah Keempat:

Apa yang anda perlu buat hanyalah like page orang lain. Apabila anda like page orang lain anda akan dapat points. Klik pada butang like yang berwarna hijau. Kemudian popup akan muncul. Klik Like. Kemudian tutup page tersebut. Jika anda lambat tutup, page akan tertutup dengan sendirinya tetapi anda tidak memperolehi points. Anda perlu tutup popup tersebut segera selepas like page orang lain.



Ulangilah like page orang lain sehingga anda mendapat points yang tinggi. Di bawah adalah points yang saya dapat setelah like banyak kali.


Pastikan anda sentiasa mempunyai 2000 points ke atas supaya page anda sentiasa boleh di like oleh orang lain. Setiap kali orang lain like page anda, anda akan memberi points kepada orang tersebut. Jika anda kehabisan points, page anda akan dikeluarkan daripada sistem AddMeFast untuk sementara waktu sehingga anda perolehi points.

Secara rumusannya, ikuti langkah-langkah ini untuk menggunakan sistem ini.

  1. Login akaun Facebook anda. Buka tab baru dan kemudian login akaun AddMeFast anda.
  2. Masukkan page dalam setting
  3. Klik Facebook Likes
  4. Like page orang lain
Itu sahaja!

Bagaimana Jika Anda Malas Nak Like Berkali-Kali Untuk Mendapatkan Points?

Pastikan anda mencuba dahulu sistem ini. Barulah anda akan faham konsepnya. Selepas itu bolehlah anda rujuk pada topik ini untuk cara mendapatkan points secara percuma.

Terdapat empat cara yang boleh anda buat jika anda tidak rajin atau dalam erti kata lain malas nak like banyak kali.

Pertama, anda boleh dapatkan 150 points setiap hari dengan Daily Bonus.


Tetapi terdapat satu syarat: anda perlulah like page orang lain sebanyak 20 kali. Setelah anda like page orang lain sebanyak 20 kali, klik pada Daily Bonus dan dapatkan 150 points secara percuma. Anda boleh lakukan ini hanya sehari sekali.

Kedua, anda bolehlah membeli points tersebut dengan wang ringgit. Tetapi, cara ini amatlah tidak digalakkan oleh saya. Simpan duit anda itu dan belanjakan pada tempat yang lebih berbaloi!



Ketiga, dengan memperkenalkan sistem ini kepada orang lain. Anda boleh memperolehi 300 points setiap kali orang lain daftar menggunakan sistem AddMeFast melalui anda. Lihat pada sudut kiri bawah anda akan dapat melihat link referrals anda. Copy link ini dan kemudian paste di mana-mana forum atau mana-mana yang anda hendak promosikan sistem AddMeFast. Apabila orang daftar melalui link ini anda akan perolehi 300 points.


Kesimpulan

Kesimpulannya, ini adalah cara paling mudah untuk naikkan likes page anda. Tetapi harus saya ingatkan bahawa kualiti fans dan likes anda tidaklah begitu bagus. Ini kerana kebanyakan mereka yang like page anda adalah orang yang menggunakan sistem AddMeFast seperti anda juga.

Walaupun anda memperoleh 10000 likes, tetapi fans anda tidak akan berinteraksi di page anda. Saya tahu kebanyakan servis naikkan likes mempromosi dengan mengatakan bahawa orang yang like page anda adalah orang yang sebenar, bukan bots, target market dan dari Malaysia, sebenarnya tidaklah begitu tepat.

Kepentingan untuk mendapatkan likes adalah supaya page anda nampah gah kerana mempunyai beribu likes, sekaligus memberi persepsi bahawa produk atau servis anda amat popular dan sedang digunakan oleh orang ramai.

Ini akan memberi keyakinan orang ramai supaya like page anda dan seterusnya akan membeli produk atau servis anda. Itulah tujuan sebenar untuk tingkatkan likes di Facebook page.

Read More

Thursday, 27 February 2014

5 Alternatif Kepada Android Google Play Store



Bagi pengguna telefon pintar Android, korang boleh download aplikasi atau game dengan Google Play Store yang dah tersedia ada. 

Tapi, kadang-kadang tak semua apps dan games ada di Play Store. Sesetengah apps jugak tidak boleh di download dengan sesetengah phone sebab apps tu tak compatible dengan phone korang. 
Dan lagi satu yang tak best nya apps dan games best2 kat Play Store kebanyakannya berbayar.

Jadi hari ini aku nak share dengan korang 5 alternatif kepada google play store.

Sumber rujukan : OMG! Hackers?

1. Mobilism Market



Dari sudut tampilan, rasanya ia agak baik, ringkas, dan mudah difahami. Cuma beza antara Mobilism Market dengan Black Market yang lain ialah ia tidak menawarkan fungsi muat turun secara terus. Anda akan diberi pautan luar seperti DepositFiles, Uploaded.net, Filejungle dan sebagainya.

2. Aptoide




Ini adalah Market kegemaran saya, selepas Snappzmarket dibubarkan. Ia menggunakan konsep repositori, dan setiap aplikasi yang ingin anda muat turun akan tersenarai sekiranya terdapat di dalam repositori yang anda gunakan. Selain itu, ia menawarkan kemudahan muat turun secara terus dari aplikasi Aptoide tersebut. Anda juga boleh mencipta 'stor' anda sendiri dan berkongsi mana-mana aplikasi yang terdapat pada telefon bimbit anda.

Anda boleh mengoptimumkan penggunaan Aptoide dengan memasang aplikasi Aptoide Uploader, Aptoide Repos, dan Bazaar News & Aptoide. Aptoide Uploader berfungsi sebagai pemuat naik aplikasi yang berada pada peranti anda, jika anda mahu kongsikannya pada stor anda sendiri. Aptoide Repos pula bertindak sebagai pengemaskini repositori, dan Bazaar News pula adalah sumber aplikasi yang terdapat pada Aptoide.



Selain antaramuka yang ringkas, kemudahan muat turun secara terus, ia juga membolehkan anda periksa sekiranya terdapat kemaskini untuk aplikasi yang anda gunakan. Namun, harus diingat ia masih lagi versi beta, jadi ia amat mudah crash, kelajuan muat turun juga adalah perlahan.




1Mobile Market adalah alternatif yang sangat menarik. Ia menawarkan antaramuka yang mesra pengguna. Apa yang menariknya, ia juga mempunyai kemudahan download secara terus dari laman rasmi 1Mobile Market. ia juga mempunyai kemudahan auto update yang membolehkan applikasi dalam telefon pengguna update secara automatik.



PandaApp mempunyai pelbagai aplikasi dan games menarik yang tak terdapat dalam Google Play Store.PandaApp juga mempunyai aplikasi dan games yang percuma. Selain itu antaramuka PandaApp juga senang digunakan.PandaApp juga mengelaskan aplikasi dan games mengikut banyak kategori.


Read More

Saturday, 15 February 2014

Potong Wifi dengan mdk3 Tuxcut di Linux


Assalamualaikum dan salam sejahtera. 
Pernah tak korang tengah guna wifi yang korang bayar mahal2 tu, tiba2 jadi slow, not internet access, atau jadi pelik2? Itu sebenarnnya petanda ada "makhluk" lain yang sedang guna wifi korang secara curi-curi. Jadi harini aku nak ajar korang macam mana nak selesaikan masalah ini.

Sebelum ini aku ada buat tutorial Hentikan Pencuri Wifi Dengan NetCut untuk pengguna Windows. 
Jadi kali ini aku nak ajar untuk pengguna Linux khususnya Linux Backtrack 5 atau Kali Linux.

Dalam tutorial ni, linux yang digunakan ialah Backtrack 5, ini disebabkan dalam distro Backtrack 5 ini sudah disediakan tool mdk3 Tuxcut ini.

Jika anda pengguna distro Linux yang lain seperti Ubuntu, anda boleh download Tuxcut di sini :
Download Tuxcut


Baiklah tutorial video ini disediakan oleh Newbie3viLc063s .

Enjoy...






Read More

Thursday, 13 February 2014

Hentikan Pencuri Wifi Dengan NetCut

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Entry hari ini aku nak ajar cara menggunakan NetCut.

Apa fungsi NetCut ni? NetCut ni bertujuan untuk "potong" atau cut off koneksi sesebuah komputer dengan WiFi. NetCut ni sangat berguna untuk hentikan pencuri wifi.

Syaratnya ialah mangsa korang tu guna wifi sama yg korang guna.

Maksud "pencuri wifi" ni adalah orang yang hack wifi korang dan selalu menggunakan wifi korang dengan free, dan akibatnya speed internet korang jadi slow!

Ok malas tulis panjang2 jom enjoy tutorial ni..

Cara menggunakan NetCut

1. Mula-mula korang download netcut :
NetCut 2.1.4


2. Lepas download, korang install. 
Lepas tu buka software netcut. akan keluar loading macam ni :



Tunggu sampai keluar macam ni :


3. Sekarang korang perlu tengok IP computer korang. 

Caranya, buka CMD (tekan Start, type CMD, Enter.)
Kemudian type : ipconfig
Enter!



Tengok dibahagian IPv4 Address. Di situ ada IP komputer korang. jadi korang kena ingat IP ni!


4. Selepas itu pastikan korang tanda kotak "Protect My Computer".
Benda ni berfungsi untuk melindungi komputer korang dari kena cut off dengan orang lain.




5. Baiklah, sekarang masa untuk kita Cut off!
Tengok gambar di bawah betul2 dan teliti!



Ok dalam netcut ni terdapat 2 IP yang korang tak patut cut off :
1. IP korang sendiri (rujuk STEP 3)
2. IP server internet. (kalau korang potong ip ni, korang pun tak boleh guna internet tu)

Lepas dah tahu semua tu, untuk cut off, korang tekan dekat IP mangsa. kalau ada lebih dari satu, korang highlight ja semua guna mouse.

Lepas tu, tekan butang Cut off (Ready) di atas!
note: korang kena pastikan yang butang tu tertulis Ready. kalau tulis in testing... korang tak boleh cut off lagi.

6. Kalau berjaya, akan jadi macam dalam gambar di bawah. icon computer tu akan jadi warna merah.



Tahniah! korang dah berjaya hentikan pencuri wifi durjana hahahahhaha

Buat pengguna Linux, nantikan tutorial seterusnya!


Read More

Wednesday, 5 February 2014

Rahsia Meraih Pendapatan Lumayan 8share dan Churp Churp kini Didedahkan dalam Ebook!


Anda pengguna 8share dan Churp Churp? Penat promote link iklan sana sini tetapi income masih ciput? Terpaksa menebalkan muka untuk meraih klik dari rakan-rakan?

Korang tak perlu bersusah payah lagi! Kini rahsia untuk mendapatkan income masyuk 8share dan Churp Churp sudah didedahkan!

Dengan teknik rahsia ini, korang boleh "me-roket" income hanya dalam 5 Jam!

Jadi tunggu apa lagi? Beli Ebook Rahsia 8Share & Churp Churp ini sekarang sementara harga PROMOSI masih berjalan.

Di dalam tempoh promosi ini jugak, pembeli dapat menikmati beberapa BONUS lumayan :

✓ 2500 FREE TWITTER FOLLOWERS
✓ GUARANTEE ADVERTISEMENT EVERYDAY !
✓ AUTOPILOT & MANUAL METHOD
✓ SUPPORT GROUP


HARGA PROMOSI HANYA : RM50 !!!

Selepas tamat promosi, harga akan menjadi harga asal iaitu RM200.

Jadi jangan buang masa lagi! tempah sekarang!

PM page >>>Myincomefromnet<<< untuk membeli! 




Read More

Tuesday, 4 February 2014

Tutorial Remove Semua Ahli dan Delete Group Facebook Secara Automatik


Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hari ini aku nak ajar korang cara nak delete sesuatu group di facebook.
Trick ni hanya boleh dibuat oleh Admin group tersebut, jadi korang tak boleh la guna nak "pedajal" group orang lain hehe.

Cara nak delete group sebenarnya ialah dengan remove semua ahli di dalam sesuatu group tu terlebih dahulu. Kemudian admin pula kena leave group. Facebook akan keluar satu Popup tertulis "this group will be delete".

Tapi yang seksanya bila nak remove satu persatu member. buatnya group tu ada 1k ahli. perghhh..... tapi jangan risau harini aku nak ajar cara senang.

Note: Korang perlu menggunakan browser Google Chrome

1. Mula-mula korang buka group facebook korang tu terlebih dahulu.
kemudian tekan Members di bahagian tepi group tu.


2. Kemudian akan keluar page baru yang ada senarai member group tu.


3. Kemudian korang tekan butang F12 di keyboard.tekan Console. Akan keluar macam dalam gambar dibawah :


4. Sekarang korang copy semua javascript di dalam website :
Auto Remove Member Group Javascript

Selepas dah copy semua, paste (ctrl+v) di dalam kotak console tadi. akan jadi macam ni :



Kemudian tekan ENTER !

5. Kalau berjaya, akan keluar popup macam dalam gambar :


Popup ni akan berterusan sampai dah remove habis semua member. jadi sekarang korang jangan kacau apa2. jangan tutup tab atau browser. Lagi senang jangan sentuh langsung laptop/pc korang tu.

Kalau popup tu dah berhenti, korang refresh dan masih ada saki baki member, korang ulang ja balik step2 diatas :D

6. Step terakhir apabila semua member dah remove, korang kena remove diri korang sendiri dari group tu. Lepas tu akan keluar popup :

Tekan Delete group ! Siap!


Read More

Popular Posts

© 2011 - Reaperz All rights reserved | Theme Designed by Seo Blogger Templates DMCA.com