Sebelum ini Facebook telah membeli WhatsApp dengan harga $16 billion , kini Facebook telah membeli syarikat yang menghasilkan headset VR (Virtual Reality) Oculus Rift, iaitu Oculus VR.
Facebook membeli Oculus VR dengan harga $2 billion, iaitu $400 juta tunai dan $1.6 billion saham Facebook, dan tambahan $300 juta jika Oculus menepati target mereka.
Pembelian ini telah diumumkan oleh CEO Facebook inc, Mark Zuckerberg melalui status Facebook beliau.
Oculus pada saat ini masih lagi berusaha membangunkan headset VR Oculus Rift dan merancang untuk memasuki pasaran pada akhir tahun 2014 ini.
Sebelum ini, Oculus telah menunda pelancaran headset VR itu kerana mereka masih lagi hendak mengkaji dan membangunkan headset itu, tetapi kini Oculus telah bergabung bersama Facebook dan menyatakan yang mereka akan membuat alat VR ini semakin hebat dan boleh diterima oleh masyarakat.
![]() |
Pasukan Oculus Rift |
Pasukan Oculus Rift berkata, " Mark dan kumpulannya memberi visi yang kita miliki untuk potensi Virtual Reality untuk mengubah cara kita belajar, berkongsi maklumat, bermain, dan berkomunikasi. Facebook merupakan sebuah syarikat yang percaya bahawa tidak ada yang tidak mungkin untuk mewujudkannya, kami pun setuju dengan hal itu".
Dengan kerjasama Facebook dan Oculus Rift, kemungkinan besar headset VR itu akan dapat digunakan bukan hanya untuk bermain game, tetapi juga boleh digunakan untuk media pembelajaran, berkongsi maklumat, dan berkomunikasi. Facebook seniri telah menyatakan bahawa mereka akan membuat Oculus Rift menjadi sebuah alat VR masa depan yang akan digunakan oleh semua orang, termasuk bidang kedoktoran , pendidikan, dan bidang pengkajian.
![]() |
Headset VR Oculus Rift |
"Virtual Reality pernah menjadi mimpi dan fiksyen, tetapi begitu juga dengan internet, smartphone dan komputer. masa depan akan segera datang dan kita mempunyai masa dan kesempatan untuk membangunkannya bersama. Saya sudah tidak sabar untuk bekerjasama dengan seluruh anggota pasukan di Oculus untuk membina masa depan dunia ini, dan membuka sebuah dunia baru untuk kita semua", kata Mark.
No comments:
Post a Comment