Monday, 28 April 2014

Tutorial Hack dan Cheat Game Android

GameCIH

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hari ini aku nak ajar korang cara nak hack game android! Hack apa? korang boleh hack Score, Money, Level dan macam2 lagi!

Jadi untuk buat hack ni, kita akan gunakan aplikasi yang bernama GameCIH. Nama penuh GameCIH ni ialah Game Cheating Hacker. GameCIH ni lebih kurang macam Cheat Engine la juga. Tapi untuk Android. Jadi bagi korang yang pernah guna Cheat Engine tu senang la untuk korang guna GameCIH ni.

Apa yang korang perlu :

  1. ROOT - Phone korang perlu di-ROOT terlebih dahulu. untuk tutorial root hanphone korang tengok di forum xda-developers.
  2. GameCIH - Download
  3. Kesabaran
Note : GameCIH cuma boleh hack game OFFLINE saja. game online macam Clash of Clans tak boleh .

Cara guna GameCIH :

Baiklah lepas korang dah download dan install GameCIH, sekarang masa untuk hack game!

1. Buka aplikasi GameCIH di handphone korang. rujuk gambar :


Popup ni hanya akan keluar kalau korang connect dengan internet.



Sekarang korang perlu tukan di butang Hot-Key tu dan set lah Hot-Key korang. Fungsi Hot-Key ni adalah untuk korang buka menu GameCIH semasa dalam game. Jadi benda ni PENTING!!!

2. Sekarang GameCIH dan running. Korang tekan butang HOME handphone korang. Kemudian buka la game yang korang nak hack. ingat! game offline sahaja.

3. Dalam tutorial ni kita akan hack DUIT game Robo Defense. Mula2 korang main dulu game tu untuk kumpul duit. lepas dah ada duit, korang tekan Hot-Key yang korang set tadi untuk buka menu GameCIH. 
Kemudian tanda Suspend Game dan tekan Input Number. 
Rujuk Gambar :



4. Kemudian tengok duit yang korang ada tu, masukkan jumlah duit tu dalam kotak tu. 



Lepas tu tekan OK.

5. Lepas tu akan keluar result number yang ada. korang tekan butang back dan sambung main game tu. korang boleh belanjakan duit atau tambah duit. dalam game ni kita belanja duit.

Lepas tu, tekan lagi Hot-Key dan buka menu GameCIH. sekarang korang tekan simbol " ! " . Rujuk gambar :




Fungsi setiap simbol :

  • = : untuk mencari nilai yang tidak berubah
  • !  : untuk mencari nilai yang berubah samada bertambah atau berkurang
  • + : untuk mencari nilai yang bertambah
  • -  : untuk mencari nilai yang berkurang

6. Sekarang lepas korang dah tekan simbol tu, akan keluar result baru. cari yang nilai dia sama macam baki duit korang. dalam game ni nilai tu ialah "money" .


Tekan "money" dan masukkan angka yang korang nak! dalam tuto ni angka yang dimasukkan ialah 9999.

7. Lepas tu tekan back untuk tutup menu GameCIH, dan sambung main game. BOOM! duit korang dah jadi macam yang korang edit tu! sekarang korang enjoy!



Macam-macam lagi korang boleh hack selain duit. korang boleh hack EXP, nyawa, score, reward point dan macam2 lagi yang ada value. 
Tapi ingat! Game online tak boleh hack sebab game online ni server side. data2 game semua ada dalam server, bukan dalan handphone.

Selain dari edit data, GameCIH juga ada fungsi Speed Hack. Korang boleh lajukan game korang tu. sangat berguna untuk game yang nak kena tunggu masa hehe

Ok itu saja untuk tutorial kali ini. Harap korang enjoy dan faham hehe.

Happy Hacking and Gaming!



Item Reviewed: Tutorial Hack dan Cheat Game Android Description: Rating: 5 Reviewed By Afif

Share:

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

© 2011 - Reaperz All rights reserved | Theme Designed by Seo Blogger Templates DMCA.com