Assalmualaikum. hari ini aku nak share tentang Blender 3D. Software Blender ini sangat terkenal di dalam dunia Animasi 3D.
Blender digunakan untuk menghasilkan karya model 3D dan Animasi 3D.
Apa yang menariknya, Blender merupakan Sumber Terbuka atau Open Source yang boleh diguna pakai oleh sesiapa sahaja dan boleh di ubahsuai mengikut keperluan diri sendiri.Dan yang paling penting sekali, Blender adalah PERCUMA.
Software Teringan -
Jika dibuat perbandingan dengan perisian yang lain seperti 3D Max, Maya dan Cinema 4D, software ini merupakan yang paling ringan. Perkara ini amat penting bagi mengelakkan crash ketika melakukan kerja animasi. Apabila tiba masa untuk selalunya, memerlukan computer yang memiliki ketinggian memori seperti processor seperti i3,i5,i7 dan kad grafik yang tinggi untuk menghasilkan animasi yang baik. Namun apabila PC atau Laptop lambat, agak sukar untuk melakukan rendering. Yang penting sekali adalah untuk mengelak crash ketika rendering iaitu proses export animasi.
Perisian Yang Ringkas -
Proses menghasilkan animasi bukanlah sesuatu yang mudah untuk dilakukan, kita akan berhadapan dengan dengan pelbagai butang fungsi yang agak rumit diperingkat permulaan. Namun, jika dibandingkan menu dan fungsi 3D dan 2D, 3D mempunyai butang yang banyak. Blender 3D antara software yang ringkas jika dibandingkan dengan 3D STUDIO Max dan Maya 3D.
Blender mula dibangunkan pada tahun 1993 oleh sebuah studio animasi iaitu Neo Geo dengan kerjasama Not a Number Technologies (NaN), mereka telah bersetuju untuk melepaskan Blender dibawah lesen GNU setelah NaN mengalami masalah kewangan.
Setelah itu Blender dibangunkan dengan mendapat sokongan sumbangan dari komuniti, termasuk dari segi kewangan dan juga pengaturcaraan program. Untuk memudahkan pengurusannya, Blender Foundation ditubuhkan dan dipertanggungjawabkan untuk membangunan perisian Blender secara lebih meluas.
Blender Foundation kini telah menghasil banyak filem pendek dengan kualiti yang baik. Perkara ini sekaligus membuktikan kelebihan yang dibawakan oleh perisian sumber-terbuka ini. Hasil kerja produksi yang dibuat dipaparkan secara percuma kepada umum dan setelah itu perjalanan setiap projek mereka diprodukkan untuk jualan yang merangkumi latihan dan juga proses penghasilan filem pendek menggunakan perisian Blender.
Selain itu, Blender juga mendapat perhatian pembangun industri Animasi 3D tempatan seperti Animagis Sdn Bhd dan juga Triple Q Sdn Bhd . Mereka juga telah menghasilan beberapa Animasi 3D menggunakan Blender.
Antaranya ialah Siri Animasi Zibiru (2012), Animasi Si Bongkok Tanjung Puteri , dan Animasi Perak Boy .
Perisian Blender 3D telah memberi peluang untuk melahirkan pembangun animasi 3D yang baru tanpa perlu mengeluarkan modal dan belanja yang besar. Untuk yang baru menceburi bidang 3D dengan Blender, terdapat beberapa laman web dan forum yang boleh dijadikan sumber rujukan. Antaranya ialah Blender Cookie dan Blender Artist Community .
Bagi yang ingin mencuba Blender 3D, boleh download di laman web rasmi Blender. Blender menyokong sistem operasi Windows, Mac OS dan Linux :
No comments:
Post a Comment