Assalamualaikum dan salam sejahtera.Entry hari ini adalah sambungan kepada entry Tutorial Format Komputer Dan Install Windows 7 .
Aku akan ajar korang cara install driver yang hilang dengan mudah.tak perlu penat2 cari.Hanya guna Device Manager yang dah tersedia ada di dalam Windows.
Ok jom mula :D
Ok jom mula :D
1. Mula-mula buka Device Manager.
Tekan Start, dan search "device" di dalam kotak search.
Selepas itu click pada Device Manager yang keluar.
Note : Device Manager juga boleh ditemui di bahagian lain : Control Panel -> System and Security -> Administrative Tools -> Computer Management
2. Baiklah sekarang tetingkap Device Manager dah dibuka.Dalam ni korang boleh nampak semua komponen hardware pc/laptop korang.Komponen-komponen ini di bahagikan mengikut kategori.Korang boleh tengok di dalam gambar ini.
3. Baiklah sekarang masa untuk cari driver yang hilang atau tidak lengkap.Kalau ada driver yang hilang, satu kategory baru akan muncul iaitu Other devices.Kalau tak ada cari yang ada simbol tanda seru warna kuning.Tu maksudnya driver hilang.Rujuk gambar.
Di dalam bahagian ini korang akan jumpa device yang tak ada driver.Sebagai contoh dalam gambar di atas Device Manager telah jumpa device USB20 Camera yang tak ada driver.
4. Sekarang masa untuk install drivers.
Right click pada device yang ada simbol tanda seru tu dan click "Update Driver Software".
Right click pada device yang ada simbol tanda seru tu dan click "Update Driver Software".
5. Update Driver Software akan mula dan korang akan diberi 2 pilihan iaitu seperti dalam gambar.
Click pada pilihan yang pertama kerana Update Driver Software akan cari driver yang sesuai secara automatik.
Bagi pilihan kedua pula ialah untuk cari driver yang korang dah ada, maksudnya yang korang dah download.
6. Selepas itu Update Driver Software akan mencari driver untuk device komputer korang tu, kalau tak jumpa yang bagus, ia akan cari online pula.Tunggu sehingga selesai.
7. Jika driver dah dijumpai, driver tu akan automatik install.Tunggu sehingga selesai proses install.
8. Apabila selesai, korang akan diberitahu sama ada driver tersebut berjaya dipasang ataupun tidak.Seperti dalam gambar dibawah driver dah berjaya dipasang
9. Sekarang device yang dah install driver tadi akan berada di bawah kategori yang sepatutnya.
10. Kalau Update Driver Software tak dapat cari driver, korang kena search driver untuk nama device korang tu.Search di google kemudian download dan install.
Tapi kalau macam dalam gambar dibawah, device tersebut memaparkan "Unknown Device".Jadi untuk ini korang kena cari sendiri, fikir driver apa yang korang belum install.
Sumber : 7Tutorials
Jadi itu saja langkah2 untuk install driver yang hilang.Semoga berjaya.Assalamualaikum
Thanks :)
ReplyDeletethanks da brjaya
ReplyDeleteterima kasih....berjaya!
ReplyDelete