Thursday, 3 April 2014

Amazon Lancarkan Fire TV, Konsol Streaming dan Gaming


Amazon baru-baru ini telah melancarkan gadget kotak TV streaming berserta permainan video gaming yang diberi nama Amazon Fire TV.

Gadget ini ialah sebuah kotak hitam kecil  yang hampir sama dengan Apple TV. Gadget ini akan berada di pasaran dengan harga $99 (RM325) .




Amazon Fire TV ini memerlukan sambungan Internet, dan ianya membolehkan pengguna untuk stream video dari Amazon, dan jugak dari servis streaming video yang lain terus ke TV mereka.

Selain dari streaming, gadget ini juga boleh digunakan untuk GAMING.

"Orang ramai bermain game di tablet tetapi mereka juga mahu bermain game di TV, " kata Peter Larsen.


Paparan Amazon Fire TV yang membolehkan pengguna bermainan permainan video
Amazon telah mengesahkan kerjasama rakan kongsi dengan syarikat pembuat permainan video seperti Sega, EA, Disney dan menjanjikan beribu permainan dan aplikasi Android akan dikeluarkan menjelang bulan hadapan. Ini juga akan dapat memajukan Amazon Games Studios.

Pengguna yang telah membeli Fire TV, mereka juga boleh membeli aksesori tambahan iaitu alat kawalan permainan video yang menyerupai alat kawalan Xbox.


Controller gaming Amazon Fire TV
Gadget ini juga didatangi dengan alat kawalan jauh yang dilengkapi dengan bluetooth.


Remote Amazon Fire TV yang dilengkapi bluetooth

Spesifikasi Amazon Fire TV VS Apple TV




Video Amazon Fire TV




Sumber


Item Reviewed: Amazon Lancarkan Fire TV, Konsol Streaming dan Gaming Description: Rating: 5 Reviewed By Afif

Share:

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

© 2011 - Reaperz All rights reserved | Theme Designed by Seo Blogger Templates DMCA.com