Saturday, 22 February 2014

Google Mengumumkan "Project Tango" Telefon Pintar Bersensor 3D

Baru-baru ini Google Inc. telah mengumumkan Project Tango, iaitu prototaip telefon pintar yang mempunyai sensor 3D.



Telefon pintar dengan skrin bersaiz 5 inci ini dilengkapi dengan teknologi Kinect, yang terdiri dari sensor tiga dimensi (3D) dan beberapa komponen lain untuk mengesan gerakan serta memetakan seluruh benda yang ada di sekeliling pengguna.
Dengan telefon pintar ini, pengguna dapat memetakan seluruh bilik atau kawasan di sekeliling mereka.

Project Tango menggunakan processor Myrad 1 yang mampu mengesan gerakan dengan sangat teliti tanpa menggunakan banyak tenaga. Fungsi lain telefon pintar ini ialah ia dapat digunakan sebagai alat navigasi. Telefon pintar ini jugak berfungsi seperti telefon pintar Android zaman sekarang yang membolehkan pengguna memasang applikasi dan game.

Project Tango juga dilengkapi dengan sensor yang mampu membuat 1.4 juta ukuran per saat.




Advanced Technology and Projects (ATAP) adalah pihak yang mengetuai pembuatan Project Tango. ATAP sebelum ini adalah dari unit bisnes Motorola yang kini menjadi milik Lenovo.

Ketua Project Tango,Johny Lee berkata tujuan projek ini adalah "untuk membuatkan telefon pintar dapat memahami ruang dan gerakan seperti manusia."


Dia melanjutkan, permainan dan navigasi merupakan aplikasi yang sangat penting bagi pengguna. Diciptakannya Project Tango ini, menurut dia, bertujuan menghadirkan pengalaman berbeza, yaitu pemetaan informasi dan penentuan lokasi yang tepat. Google menyatakan telefon ini dapat juga disebut sebagai pembantu navigasi yang sekaligus menggambarkan lokasi yang akan dituju.

Prototaip ini dikatakan hanya akan dihasilkan sebanyak 200 unit dan dijangka siap pada 14 Mac. Developers yang mendapat produk ini bebas untuk mencipta aplikasi peta, permainan, dan aplikasi-aplikasi yang mampu memanfaatkan teknologi Project Tango ini.

Video :




Item Reviewed: Google Mengumumkan "Project Tango" Telefon Pintar Bersensor 3D Description: Rating: 5 Reviewed By Afif

Share:

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

© 2011 - Reaperz All rights reserved | Theme Designed by Seo Blogger Templates DMCA.com