10 Bandar Seram | Tempat Misteri
Di bawah ini dipaparkan beberapa buah bandar yang tiada penduduk sama sekali kerana pelbagai bencana dan sebab yang lain, sehingga bandar tersebut ditinggalkan. Bandar – Bandar itu kini menjadi tempat yang ngeri dan sering disebut Bandar Hantu atau Bandar Mati.
1. Kolmanskop (Namibia) : Dikubur dalam Pasir.
2. Prypiat (Ukraine): Rumah pekerja loji nuklear Chernobyl
3. San Zhi (Taiwan): Tempat peranginan yang futuristik
Disebelah Utara Taiwan, terdapat sebuah kawasan yang futuristik hendak dibangunkan (ala- ala Genting Highland la ni..), pada awalnya dibangunkan sebagai sebuah tempat peranginan yang mewah bagi orang kaya. Bagaimanapun, setelah terjadi banyak kecelakaan yang dasyat pada masa pembangunannya, akhirnya projek tersebut dihentikan. Setelah mengalami kesulitan dari segi dana dan para pekerja, akhirnya pembangunan kawasan peranginan tersebut dihentikan ditengah jalan. Desas-desus kemudian mengatakan kawasan tersebut menjadi tempat tinggal para hantu, dari mereka yang sudah meninggal.
4. Craco (Itali): Kota zaman pertengahan yang mempesona
Terletak di daerah Basilicata dan Wilayah Matera sekitar 25 batu dari teluk Taranto. Bandar zaman pertengahan ini mempunyai kawasan yang berbukit – bukit dan hamparan pertanian gandum serta tanaman pertanian lainnya.
Antara tahun 1959 dan 1972 Craco selalu dilanda gempa bumi dan tanah gelongsor . Pada tahun 1963 penduduk sekitar dipindahkan ke suatu lembah dekat Craco . Sehingga sekarang, bandar craco masih tidak berpenghuni
5. Oradour Sul Glance (Perancis): kekejaman Perang Dunia II
Perkampungan kecil Oradour Sul Glane di Perancis ini mempunyai imej yang sangat mengerikan. Selama perang dunia ke II, 642 penduduk dibunuh oleh tentara Jerman sebagai bentuk balas dendam keatas apa yang dilakuan Perancis waktu itu. Jerman yang waktu itu sebenarnya berniat menyerang daerah di dekat Oradour Sul Glane tetapi rancangan mereka berubah dengan menyerang perkampungan kecil tersebut pada tanggal 10 Jun 1944.
6. Pulau Gunkan Jima (Jepun) : Pernah menjadi populasi
terpadat di dunia
Pulau ini adalah salah satu dari 505 pulau tak berpenghuni di Nagasaki. Dan jaraknya sekitar 15 kilometer dari Nagasaki. Pulau ini dikenal sebagai “Gunkan Jima” atau pulau kapal perang. Pada tahun 1890 ketika suatu perusahaan (Mitsubishi) membeli pulau tersebut dan membangunkan projek untuk mendapatkan arang batu dari dasar laut di sekitar pulau tersebut. Di tahun 1916 mereka membangun bangunan dari konkrit bersaiz besar yang pertama di pulau tersebut iaitu sebuah blok apartment untuk para pekerja dan juga berfungsi untuk melindungi mereka dari angin taufan
Pada tahun 1959, populasi penduduk pulau tersebut bertambah dengan kepadatan penduduk waktu itu mencapai 835 orang per hektar untuk keseluruhan, menjadikan pulau itu mempunyai populasi penduduk terpadat yang pernah terjadi di seluruh dunia. Ketika minyak tanah menggantikan arang batu tahun 1960, harga arang batu mulai merudum, tidak terkecuali di Gunkan Jima, pada tahun 1974 Mitsubishi secara rasmi mengumumkan penutupan industry tersebut, dan akhirnya mengosongkan pulau tersebut. Pada tahun 2003 pulau ini diambil sebagai setting filem “Battle Royal II”
7. Kadykchan ( Rusia ) : jatuh bersama Soviet Union
Kadykchan merupakan salah satu kota kecil di Rusia yang hancur semasa runtuhnya Soviet Union. Penduduk Bandar itu keluar dari kota itu dalam jangka waktu 2 minggu, untuk tinggal di kota lain dan berpindah ke rumah baru. Bandar dengan penduduk sekitar 12.000 orang yang rata-rata berkerja sebagai pelombong bijih timah ini meninggalkan rumah mereka dengan segala perabot dan barang – barangan perhiasan rumah mereka.
8. Kowloon ( Hongkong ) : tiada undang – undang disini!
9. Varosha ( Cyprus) : Dibiarkan usang setelah dijajah
10 . Kota Agdam ( Azerbaijan ): Ditinggal akibat tempias peperangan
menarik (^_^)
ReplyDeletenice info!
ReplyDelete^.^
ReplyDelete